menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Sunday, September 25, 2011

EPISOD 14

Tanpa disedari debaran peperiksaan akhir sudah hampir ke garisan penamatnya. Alhamdullilah, semuanya dilalui Ann dengan hati yang tenang.Hari ini ialah paper terakhir bagi student Pengurusan Hotel. Akhirnya semua kertas berjaya juga dijawab oleh mereka semua. Sebulan dari sekarang result akan menanti semua pelajar semester 3.

Hari ini juga genap sudah sebulan Anndriana Zulaikha tidak bertemu dengan Zaied Imran. “Akhirnya tamat juga seksaan bagi aku,” Hana Kamilia mengeluarkan keluhan yang agak kuat dan semua yang ada disitu hanya tersenyum meilhat sikap Hana Kamilia.

“Ish, hang ni tak elok la anak dara buat perangai macam tu,” Tasha menegur sikap Hana Kamilia yang selalu saja melakukan perkara yang tidak dia sukai. “Hehe..sorry la . Aku happy sangat sebab kita dah habis final.

“Happy..happy juga. Tapi hang jangan buat-buat lupa sebulan dari sekarang kita akan berhadapan dengan result yang mungkin akan mengubah sikap hang tu,” Tasha sengaja mengenakan Hana Kamilia yang sudah masak dengan perangainya bila result akan keluar dengan sikapnya yang bukan-bukan.
Ada sekali tu Hana Kamilia sanggup datang ke rumah Tasha kerana takut untuk melihat resultnya seorang diri. Tasha jugalah yang hantar dia ke stesen bas selepas melihat result mereka berdua. Hana Kamilia seseorang yang tak dapat dijangka tingkah lakunya.

Akhirnya kami semua ketawa melihat Hana Kamilia menahan marahnya. Anndriana Zulaikha, Hana Kamilia, Tasha, dan juga Kak Sue telah berjanji untuk keluar makan di KFC yang terletak didalam bangunan Jusco. Mereka berempat meluangkan masa bersama-sama sambil menceritakan pelbagai kisah.
Tidak lupa juga mereka semua dapat melihat sendiri buah hati Kak Sue yang selama ini disembunyikan dengan rapi. Agak handsome juga orangnya, berkulit sawo matang, berkumis rapi, dan tinggi pun lebih kurang sama dengan Kak Sue. Abang Khairul adalah student mekanikal part5. Abang Khairul tak pernah lokek dengan senyuman yang selalu saja meniti di bibirnya.

Hana Kamilia yang paling seronok. Dia selalu saja berkesempatan untuk mengusik mereka berdua. Ada ke patut dia menyoalkan bila nak bertunang, kahwin dan part ini yang paling kami geli hati.

Bila dah kahwin, agak-agak berapa ramai anak yang mereka mahukan. Ann dan Tasha sempat ketawa apabiila melihat Abang Khairul mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Kak Sue pula hanya tersenyum malu dihadapan mereka semua sambil mencubit paha Hana Kamilia yang masih ketawa berdekeh-dekeh.

Akhirnya mereka sampai ke rumah sewa pada pukul 11 malam, itupun nasib baik Abang Khairul yang hantarkan. Itulah antara malam yang agak seronok bagi mereka semua. Sampai saja di rumah, masing-masing berebut untuk masuk ke bilik air. Itulah perkara biasa yang akan sering berlaku setiap pagi sebelum pergi ke kelas dan juga setelah semua pulang ke rumah.

Ann jugalah yang menjadi orang terakhir untuk mandi kerana memberi laluan kepada mereka yang lain menunaikan solat Insyak. Selesai mandi mereka semua sibuk mengemas baju-baju dan buku-buku yang perlu dibawa balik serta mengemas rumah sebelum mereka semua pulang untuk cuti semester kali ini.

Hana Kamilia pula sibuk bertanya baju yang mana perlu dibawa balik ke rumahnya dan yang mana tidak perlu. Ini kerana Hana Kamilia mempunyai baju yang agak banyak berbanding mereka yang lain.

Sudah menjadi tradisinya setiap kali keluar akan membeli walaupun sehelai baju yang berjaya memikat hatinya. Tak lupa juga pada malam itu, Hana Kamilia membeli 3 helai blouse serta 2 helai seluar jeans, katanya bukan senang nak membeli-belah tambahan pula ketika itu ada sales yang sedang berlangsung.

Hana Kamilia tidak perlu bimbang dengan soal kewangan kerana ayahnya selalu bank in kan duit setiap kali Hana Kamilia merunggut duit tidak ada. Kak Sue yang sering menasihatinya agar berjimat-cermat tetapi semua itu hanya bagai menuang air ke daun keladi saja. Hana Kamilia sukar menerima nasihat atau teguran orang lain terhadap dirinya.

“Ann, banyak ke barang hang nak bawa balik?,” soal Tasha yang sedang berkemas disebelahnya. “Tak la banyak sangat. Lagipun aku balik naik bas, mana larat nak angkut semua ni. Lain la hang, parents datang ambil,” jawab Ann sambil memasukkan baju-bajunya ke dalam beg baju.

“Hang balik esok pukul berapa?,” Ann juga sedang berfikir pukul berapa agaknya dia nak balik esok. “Aku tak sure lagi lah. Tengoklah keadaan macam mana esok,” Ann berlalu keluar dari bilik sambil membawa beg plastik yang berisi kertas-kertas yang tidak lagi digunakannya.

Malam itu mereka semua bersepakat untuk tidur di halaman tengah rumah sewa sambil bercerita mengenai plan cuti semester ini.Hana Kamilia terpaksa pulang ke kampung pada minggu depan kerana sepupunya bakal mendirikan rumahtangga. Tasha pula akan ke Kuala Lumpur untuk membantu Mak Ciknya yang baru bersalin anak lelaki. Kak Sue pula akan memulakan kerja yang telah dicari terlebih awal oleh abangnya pada minggu kedua cuti semester. Ann pula masih tidak tahu apa yang akan dia lakukan pada cuti semester kali ini.

Tanpa sedar, mereka semua terlena dek keletihan sepanjang hari itu.

No comments:

Post a Comment