menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Sunday, January 23, 2011

EPISOD 11

Ann kembali ke tempat mereka makan tadi dan dia perasan keadaan yang amat berbeza kerana mereka hanya menyepi seperti baru menerima berita yang menyedihkan. Ann cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kak Sue dan Tasha cuba menceriakan keadaan dan Ann hanya bercakap seperti biasa. Tetapi mereka semua perasaan sikap Na yang tiba-tiba berubah menjadi pendiam.

“Siapa tadi tu Ann?,” boyfriend kau ke? Tak bagitahu pun, senyap-senyap je kan,” Kak Sue cuba mengorek hubungan Ann dengan Zaied. “Mana ada lah, kami kawan je pun. Kalau akak nak tau, Na ni yang minta sangat dekat dia,” walaupun bukan itu yang aku cuba ingin katakan. Tiba-tiba reaksi Na berubah sambil tersenyum sipu. “Mana ada kak. Ann, kau nie saja la. Malu aku kat akak dengan Sha,” aku melihat perubahan Na yang sangat ketara.

“Oh, patut la ada orang tu muncung je bila mamat tu nak cakap dengan Ann,” mereka semua ketawa melihat Hana Kamilia mencubit lengan Tasha sesudah menghabiskan ayatnya sebentar tadi. Ann pun turut ketawa melihat sikap mereka berdua. Kak Sue hanya mengeleng-geleng kepalanya. “Kenapa dia nak jumpa kau Ann?,” akhirnya persoalan itu keluar juga dari mulut Hana Kamilia.

“Dia nak tanya tentang kau lah,” entah apa yang merasuk fikirannya sampai Ann boleh berkata sedemikian. “Aku mintak maaf Zaied, tapi aku rasa Hana Kamilia adalah orang yang sesuai dengan kau,” Ann hanya meluahkan kata-kata itu dalam hatinya. “ Tak sangka kan, rupa-rupanya ada orang suka juga dekat hang lah Na. Aku ingatkan dah tak ada orang yang berani dekat dengan hang lagi,” Hana Kamilia hanya mencebik apabila mendengan Tasha berkata sedemikian.

Sebenarnya pertemuan mereka bukanlah seperti apa yang dikatakan oleh Ann sebentar tadi. Ann terus mengutuk dirinya sendiri kerana memberi harapan kepada Hana Kamilia. Ann harus beritahu Zaied mengenai perkara ini sebelum Hana Kamilia menemui Zaied Imran sendiri.

Anndriana Zulaikha, nama seindah wajah tetapi tidak ramai yang mengenali hatinya. Sebenarnya Ann hanyalah anak angkat kepada ibu bapanya sekarang. Sampai sekarang Ann tidak tahu dimana orang tua kandungnya berada.

Sebelum melelapkan matanya malam itu, Ann teringat apa yang dikatakan oleh Zaied semasa pertemuan itu. “Awak sihat?,” Zaied memulakan dahulu disebabkan dia dapat melihat muka Ann yang agak kemarahan itu. Zaied juga tahu perubahan wajah itu disebabkan olehnya. Apa boleh buat, bila hati dah rindu semua benda dianggap betul baginya.

“Alhamdullilah, sihat,” Ann memberi reaksi yang agak dingin supaya Zaied tahu perbuatanya tadi telah mengundang kemarahannya. Ann terus hilang mood apabila melihat Zaied menghampiri mejanya tadi.

“Ada apa awak nak jumpa dengan saya?,” soal Ann setelah mereka duduk di satu meja dikedai makan yang berdekatan. “Awak marah saya ke?,” Zaied menjawab soalan Ann dengan soalan juga.

Ann hanya mendengus kasar tetapi masih mengcontrol cara percakapannya agar tidak terlalu kasar. “Tak pe la kalau awak tak sudi nak jumpa saya. Saya mintak maaf kalau saya dah buat awak marah. Saya cuma nak tanya khabar awak je, dah terlanjur saya nampak awak tadi,” Zaied bagaikan kecil hati dengan sikap Ann yang agak kasar kepadanya. Ann seakan berasa bersalah lalu dicapai tangan Zaied tanpa berfikir panjang.

“Saya mintak maaf,” sambil melepaskan pegangannya apabila melihat Zaied agak terkejut dengan perbuatannya. Ann malu sendiri dengan apa yang berlaku lalu dia terus berjalan meninggalkan Zaied yang masih terpinga-pinga dengan perbuatannya.
Cinta ke aku kepadanya? Kalau aku cintakan Zaied, Hana Kamilia pasti terluka. Tidak! Hana Kamilia tidak layak untuk dikecewakan. Ann dah berjanji kepada dirinya bahawa esok selepas kelas dia pasti bertemu dengan Zaied untuk memberitahu mengenai hal ini sebelum semuanya belum terlambat.

Semoga pagi esok akan memberi seribu sinar kebahagiaan kepadanya. Itulah harapan yang selalu bermain dibibirnya sebelum memejamkan mata pada setiap malam. Akhirnya Ann terlena dengan soalan yang masih belum punya jawapan yang pasti.