menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Tuesday, October 05, 2010

EPISOD 4

“Cintakah aku kepadanya atau aku hanya keliru dengan perasaanku sendiri,” Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuataan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diriku sendiri. “Hang tak dak langsung ka perasaan kat dia, Ann?,” entah kenapalah soalan itu yang ditanyakan. “Entahlah Kira, aku pon tengah confuse. Aku sendiri tak faham dengan kehendak hati aku. Kalau hang jadi aku, apa yang hang nak buat?,” soal aku kembali kepada Kira dan aku mengharapkan sebuah jawapan yang dapat membantu aku. “Hang tak boleh la tanya soalan macam tu kat aku sebab aku tak rasa apa yang hang rasa. Hang saja yang boleh bagi jawapannya. Tapi Ann, tak salah kalau hang cuba untuk mengenali Amir dengan lebih terperinci. Hang boleh bincang dengan dia, hampa boleh jadi kawan dulu, kalau hampa rasa hampa dua boleh memahami antara satu sama lain tak salah kalau hubungan tu jadi lebih serius. Ann, tak salah kalau kita mencuba,” panjang lebar Kira menasihatkan aku pada malam tu.

Ann tahu sejak peristiwa Amir meluahkan rasa cinta padanya, Amir sentiasa mengambil peluang yang ada untuk mengetahui jawapan dari Ann. Aku masih dengan kedegilanku sendiri. “Ann, ko kat mana nie? Ko tahu tak apa yang dah berlaku hari nie?.” Tersangkut-sangkut Na bercakap dengan aku dalam telefon. “Eh, hang boleh cakap slow-slow tak? Cuba ang tarik nafas dulu pastu hembus,” Na cuba lakukan apa yang aku suruh. “Amir!,” kenapa dengan Amir!? Hampir menjerit aku apabila mendengar nama Amir yang keluar dari mulut Na. Hati aku mula berdebar-debar menunggu Na menghabiskan ayatnya. “Amir accidents!,” betul ke apa yang aku dengar nie? Ya Allah..Amir! Dalam hati aku berdoa agar apa yang aku dengar nie adalah palsu belaka. Tiba-tiba aku rasa duniaku bagaikan gelap-gelita. Kosong. Aku cuba bersikap rasional dan berfikir waras.

Dah hampir seminggu aku menjadi pelawat tetap di Hospital Seberang Jaya. Amir disahkan koma disebabkan kecederaan yang dialaminya agak serius dibahagian otak. Entah sampai bilalah agaknya keadaan Amir akan berlarutan. Parents Amir tiba dihospital pada malam kejadian. Parents Amir merupakan orang ternama di negeri Selangor tetapi mereka tidak pernah rasa bangga dengan apa yang mereka ada sekarang nie. Mama Amir merupakan seorang wanita yang tabah, beliau sedaya upaya menerima apa yang berlaku pada anak tunggalnya adalah dugaan dari Allah S.W.T. Begitu juga dengan Papa Amir. Aku rasa sungguh selesa dengan kedua-duanya dan mengganggap mereka seperti parents aku sendiri.

Menghimbas kembali pada malam kejadian itu membuatkan aku betul-betul pasti dengan perasaan aku terhadap Amir. Aku cintakan dia. Aku benar-benar pasti bahawa hanya dia lelaki yang ada dalam hati aku. Bersendirian bersama Amir membuatkan aku leka dengan perasaan aku sendiri. Setiap inci wajahnya aku pandang dengan rasa kasih. “Dulu wajah bulat putih ini yang sering menjadi gelak tawaku. Dulu bibir merah jambu itu yang sering memanggil aku Puteri Gunung Jerai. Dulu jari runcing ini yang sering curi-curi memegang jemariku. Bilakah agaknya kau akan sedar kembali untuk membawa aku melayari saat-saat indah cinta kita?,” Tanpa sedar air mataku jatuh juga sambil memegang erat jemari kekasih yang dicintai.

Sedang aku ralit membuat nota-nota kecil, “ Ann, hang tau dak yang Amir dah sedar tadi?” tanya Ekin kepadaku. “Hang biar betul? Jangan buat lawak bodoh hang pagi-pagi nie,” aku terus mengeluarkan rasa tidak puas hati aku dengan perangai Ekin yang sentiasa buat lawak tak kena pada tempatnya. “ Betul la, buat apa aku nak tipu benda-benda macam nie,” Ekin seakan terasa dengan apa yang aku katakan kepadanya sebentar tadi. “Eh, hang nak pi mana pula? Kelaskan nak mula satgi?,” tanya Ekin saat dia melihat aku mengemas barang-barang yang berselerakkan kat atas meja aku tadi. “Aku nak pi hospital la, hang tolong bagi tau kat En.Kamal aku ada hal k.tq,” aku terus keluar dari kelas dan menuju ke hospital dengan menaiki bus rapid.

Sampai saja aku di pintu wad Amir, aku lihat ramai rakan-rakannya sedang bersembang diluar. Aku tak ambil kisah sangat kerana dalam hati aku hanya ingatkan Amir saja. Aku terus masuk kedalam bilik Amir dan aku berselisih dengan mama Amir. “Aunty kenapa menangis? Amirkan dah sedar jangan la sedih-sedih lagi,” mamanya hanya terseyum hambar sambil menyuruh aku pergi melawat Amir dikatilnya. Dengan hati yang berdebar aku terus melangkah menuju untuk berjumpa kekasih hati yang aku paling rindui.

Aku melihat Amir tersenyum sambil memerhati setiap langkahku. Dalam hati ku sempat bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah menyelamatkan seseorang yang amat penting dalam hidupku. “Awak sihat?.” tanya aku walaupun aku masih berdebar-debar menanti tindak balas daripadanya dan aku berharap sangat bahawa dia perasaan yang aku tidak menggunakan ‘aku hang’. “Alhamdullilah, Cuma badan nie terasa sengal-sengal sikit,” aku hanya tersenyum mendengar jawapannya. “Mungkin sebab awak baring terlalu lama sangat kot,” aku cuba untuk menceriakan keadaan yang agak sunyi walaupun hakikatnya suasana diluar sudah cukup untuk membuat aku sakit telinga dengan jeritan nurse-nurse disitu. Agak lama Amir merenug aku dan aku kurang faham dengan pandangannya yang agak luar biasa tu. “Maaf, saya kenal awak ke?,” tersentap hatiku saat ayat itu yang keluar dari bibir merah jambu yang tak pernah menghampiri walaupun sebatang rokok. “Awak tak kenal saya ke? Saya, Ann,” sedaya upaya aku menahan agar jangan la air mataku gugur pada saat ini.