menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Wednesday, April 06, 2011

EPISOD 12

Sewaktu sedang berjalan keluar dari kedai buku UiTMPP, Ann terpandang sepasang susuk tubuh yang amat dikenalinya. Zaied Imran dan Hana Kamilia. Apa yang mereka bualkan sampai kedua-duanya tersenyum manis saja. Tiba-tiba ada satu perasaan yang hadir tanpa Ann sedari. Cemburu. Ya, dia cemburu dengan kemesraan antara mereka berdua.

Zaied perasaan kehadiran Anndriana Zulaikha di situ tetapi dia hanya memandang tanpa menegurnya. Entah kenapa Zaied rasa dia tidak perlu menegur Ann pada saat itu.

Ann terus menghantar mesej kepada Zaied untuk mengajaknya berjumpa pada petang itu. Tetapi Zaied tidak membalasnya. Entah kenapa sikap Zaied berubah sama sekali terhadap dirinya.

Awk dekat mana?

Zaied hanya menghantar mesej ringkas bertanyakan kedudukannya dimana sekarang ini.

Library..

Hanya itu yang mampu dibalas oleh Ann. Sememangnya mereka sering bertemu disitu. Mungkin lebih selesa berbicara ditempat yang senyap dan aman.

Ann mengambil tempat yang biasa diduduki mereka, tempat yang agak tersembunyi itu sering menjadi pilihan mereka berdua. Zaied berjalan menghampiri mejanya. Tiba-tiba Ann berasa berdebar-debar melihat setiap langkah Zaied yang semakin hampir dengan mejanya.

Ann tersenyum separuh paksa apabila Zaied mengambil tempat berhadapan dengannya. “Ada apa awak nak jumpa dengan saya?,” Zaied memperlahankan suaranya tapi masih mampu didengari oleh Ann.
“Saya ada benda nak cakap dengan awak. Awak tak sibuk ke hari ni?,” tanya Ann dengan harapan Zaied tidak ada kelas yang perlu dihadirinya selepas ini. “Saya dah habis kelas,” hanya itu yang keluar dari bibirnya. Entah kenapa Zaied berasa malas untuk bercakap panjang. Ini semua disebabkan pertemuannya dengan Hana Kamilia sebentar tadi.

Mungkin kalau Ann tidak menghantar mesej untuk berjumpa dengannya, Zaied sendiri yang akan menelefon Ann untuk berjumpa pada petang itu. Zaied masih menunggu bait-bait kata keluar dari bibir mungil Ann yang ketika ini masing-masing hanya sepi seribu bicara.

“Awak tak nak cakap apa-apa ke?,” tanya Zaied setelah hampir 10 minit mereka berdiam diri. “Saya nak mintak maaf kat awak sebab saya beritahu Hana Kamilia yang awak nak kenal dengan dia,” akhirnya keluar juga kata-kata itu dari bibr Anndriana Zulaikha. Ann hanya memandang raut wajah Zaied yang masih menunduk memegang buku engineeringnya.

“Kita sembang kat luar,” Zaied terus bangun meninggalkan Ann yang masih terkejut dengan cadangan Zaied tadi. Ann terus meletakkan buku yang diambilnya sewaktu memasuki library tadi ke atas rak yang telah disediakan oleh perpustakawan.

Ann berlari anak untuk mengejar Zaied yang agak laju langkahnya. Ann tahu yang Zaied tengah marah. Apa yang bolehdia buat sedangkan kata-katanya malam tadi telah terlahir dari bibirnya sendiri. Pandai buat, pandai la tanggung. Itulah prinsip Ann.

Akhirnya mereka berdua berhenti juga di satu tempat rehat yang disediakan oleh pihak universiti untuk kemudahan para pelajar kampus itu. “Kenapa awak buat saya macam ni?,” Zaied memulakan perbualan antara mereka setelah sekian lama melihat wajah si cantik ayu di hadapannya.
Bertapa dia merindui wajah bujur sirih itu tetapi kerinduannya tercalar dengan sikap Ann sendiri yang langsung tidak tahu untuk menjaga hatinya. Entah kenapa pembohongan yang dilakukan oleh Ann begitu menyakitkan hatinya.

“Hai! Awak zaied kan?,” Hana Kamilia terus menegur seorang lelaki yang telah lama ingin ditegurnya. Tanpa segan silu Hana Kamilia menghulurkan tangan lalu disambut oleh sang jejaka sambil tersenyum manis.

“Ya, saya Zaied,” Zaied hanya tersenyum melihat telatah Hana Kamilia yang gembira bagai anak kecil mendapat coklat kegemarannya. “Hana Kamilia. Saya kawan Anndriana Zulaikha,” Zaied hanya mengangguk-anggukkan kepalanya selepas mendengar nama Anndriana Zulaikha.

“Kalau awak nak kenal dengan saya, tak payah la susah-susah tanya dekat Ann ye. Tapi betul ke awak nak berkenalan dengan saya?,” soal Hana Kamilia tanpa segan silu bagi mencari kepastian daripada Zaied sendiri.

“Maaf, saya tak faham apa yang awak cakapkan ni,” Zaied kebingungan dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. “Ann cakap awak jumpa dengan dia semalam sebab nak tanya tentang saya. Sebab tu hari ni saya jumpa awak terus. Lagipun kalau niat awak baik apa salahnya,” sambil tersenyum Hana menerangkan apa yang dikatakan oleh Ann semalam.

Akhirnya Zaied hanya tersenyum sambil menyambut kertas yang mengandungi nombor telefon milik Hana Kamilia. “Insyaallah, kalau saya ada masa saya mesej awak,” Zaied terus berlalu setelah memberi salam kepada Hana Kamilia yang masih berada disitu untuk ke kelasnya sebentar lagi.
“Anndriana, kenapa kau buat aku macam ni? aku tak suka Hana Kamilia. Aku cintakan Anndriana Zulaikha. Kenapa kau tak nampak semua ni,” mengingatkan semua kembali membuatkan Zaied berasa terhina dengan sikap Ann.

Zaied masih menunggu Ann untuk menjelaskan segala-galanya. “Hana Kamilia sukakan awak. Lagipun awak kan single lagi. Hana pun takde sesiapa lagi. Jadi tak kan ada yang marah kalau saya satukan korang berdua,” Ann cuba menerangkan apa yang telah direncanakan semalam.

“Look!,” sambil mencengkam bahu Ann, Zaied melepaskan kemarahannya yang tidak terbendung itu. “ I’m do not have any feeling with her. Don’t you dare to match me with anyone else. Could you understand my words, Anndriana Zulaikha??,” Zaied meninggikan suaranya lalu meninggalkan Ann yang masih berdiri di situ.

Akhirnya Ann terduduk di situ sambil menangis menyesali apa yang telah dia lakukan kepada Zaied Imran dan Hana Kamilia. Entah kenapa Ann berkecil hati dengan sikap Zaied sebentar tadi. Tapi semua ini telah berlaku. Ann cuma mengharapkan agar Zaied tidak memberitahu hal yang sebenarnya kepada Hana Kamilia.