menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Tuesday, November 20, 2012

Episod 16

“tolong bagi saya peluang untuk mencintai awak. Saya yakin saya mampu buat awak bahagia. Percayalah Ann,” Anndriana Zulaikha cuba mengingati pertemuan terakhir diantara dia dan juga Zaied. “Saya akan lakukan apa saja untuk membahagiakan awak. Tolonglah Ann, jangan buat saya macam ni. Saya tak mampu untuk cintakan Hana Kamilia. Kalau awak mahu, sekarang juga saya akan menghubungi Hana untuk menjelaskan perkara ini. Tolong berhenti menguji saya, Ann.” Hatinya merintih agar Zaied berhenti berkata-kata. Anndriana semakin rungsing. Pada siapa harus dia luahkan masalah ini. “saya tak pernah menguji awak, Zaied!. Saya tak layak untuk awak. Saya tak setaraf dengan awak. Antara kita bagaikan langit dan bumi. Taraf keluarga awak, sampai bila awak nak sembunyikan dari saya!,” sungguh remuk hati Anndriana sewaktu mengetahui bahawa Zaied juga adalah anak seorang businessman yang Berjaya di Kuala Lumpur. Kenyataan ini hanya diketahuinya sewaktu Hana Kamilia bercerita mengenai keluarga Zaied. Rupa-rupanya keluarga mereka adalah kenalan rapat. Hanya mereka sahaja tidak pernah dipertemukan dalam satu majlis keramaian. Disebabkan itu mereka tidak mengenali. Bagi Anndriana mungkin ini adalah jododh mereka berdua. Dipertemuakan di dunia perantauan. Zaied kelu untuk berkata-kata. Memang benar selama ini zaied banyak berbohong mengenai status keluarganya kerana dia tahu andai Anndriana mengetahui siapa bapanya gadis itu bakal menjauhkan diri malah mungkin saja gadis itu akan memutuskan hubungan ini. Dia cukup kenal siapa Anndriana Zulaikha. Seorang gadis yang agak sukar untuk dikenali. Dia juga tidak suka berkawan dengan mereka yang mempunyai status yang tinggi kerana baginya cukup sekadar berkawan dengan mereka yang sama status dengannya. Alasannya begitu mudah dengan prinsip ini dia tidak perlu terlibat dengan masalah-masalah sosial. Kembali ke alam nyata, Anndriana Zulaikha duduk termangu ditempatnya kembali.