menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Sunday, September 25, 2011

EPISOD 15

Akhirnya cuti semester pun bermula. Entah kenapa hatinya berasa berat untuk meninggalkan rumah sewa, kampus, dan juga sahabat-sahabat. Ann berasa sayu sekali ketika melangkah pergi ke perhentian bas yang terletak 500 meter dari rumah sewanya.

Ann sampai ke rumahnya pada pukul 5 petang kerana dia keluar rumah pada pukul 1.30 petang dan dia adalah orang terakhir yang berada dirumah itu dan setiap penjuru rumah itu dilihat dengan linangan air mata. “Kenapa aku rasa berat hati sangat nak balik kali ni?,” akhirnya soalan itu dibiarkan kerana dia juga tidak tahu kenapa hatinya begitu sayu sekali.

“Ibu, nak masak apa malam ni?,” soal Anndriana Zulaikha sambil menatap wajah seorang insan yang sangat disayanginya. Hajah Hajar hanya melihat anaknya sambil tersenyum. “Ibu ingat nak masak gulai nangka dengan udang lah. Lama juga ibu tak masak lauk tu,” Hajah Hajar sengaja menguatkan sedikit suaranya apabila melihat anak daranya hendak berlalu ke ruang tamu.

Kecur air liur Anndriana Zulaikha apabila mendengar lauk kegemarannya disebut oleh si ibu. Anndriana Zulaikha tidak jadi untuk melangkah pergi. Sambil tersenyum diberpaling semula memandang wajah insan yang sangat disayanginya dan terus mengambil nangka didalam peti sejuk lalu memotongnya.

“Cuti nie Ika nak buat apa?,” soal ibu sambil menumis bahan-bahan unutk dibuat gulai. “Entah la ibu, Ika pun tak fikir lagi,” jawab Anndriana sambil meneruskan kerjanya. Dalam fikirannya kini giat memikirkan kerja apa yang sesuai untuk dijadikan kerja sambilannya kali ini.

“Ika, ayah ada dengar yang Pak cik Mat kamu tu nak pakai orang kat kedai minyak dia. Kamu nak cuba mintak tak kerja dekat sana? Kalau kamu nak ayah boleh tolong tanyakan,” Anndriana memikirkan apa yang dikatakan oleh ayahnya semasa makan malam tadi. “Apa aku patut mintak kerja tu ke tak payah?,” persoalan yang dikeluarkan tanpa jawapan membuatkan Anndriana mengeluh kasar.

“Ayah kenapa tak tidur lagi?,” tanya Anndriana sewaktu terserempak dengan ayahnya semasa ingin ke dapur mengambil air. “Ayah nak minum, dahaga pula,” tanpa lengah Anndriana terus menuangkan air masak kepada ayahandanya. Haji Hassan mengambilnya lalu duduk dikerusi yang telah tersedia di dapur dan mengajak anaknya duduk bersama-sama.

“Kenapa sejak akhir-akhir ini ayah tengok anak ayah dah berubah sedikit?,” soal Haji Hassan memulakan perbualan. “Eh, mana ada lah ayah. Ika macam biasa je nie,” Anndriana cuba menafikan apa yang dikatakan oleh ayahnya. “Berubah ke aku?,” sebelum terlelap Anndriana mengulangi persoalan ayahnya tadi. Akhirnya Anndriana terlelap dengan seribu satu persoalan didalam mindanya.

“Awal kamu bangun Ika. Nak keluar dengan Aminah ke?,” sambil berjalan keluar bilik Ika menjawab soalan yang ditanya ayahnya. “Tak lah ayah, Ika saja je bangun awal ingat nak tolong mak kat dapur,” Ika terus mengambil tempat disisi ayahnya sambil menuang teh o panas yang sememangnya menjadi kewajipan diatas meja makan itu.

Sejujurnya Anndriana Zulaikha tidak dapat melelapkan matanya semalam. Perutnya terlalu sakit sehingga menyebabkan tidurnya terganggu. Ann sedaya-upaya menahan sakitnya dengan memakan painkiller yang sentiasa ada disampingnya.

“Ika, kamu tak makan ke bihun goreng yang mak buat ni?,” Ann hanya memandang sepi bihun goring itu seolah-olah nafsu makannya sudah tidak berfungsi lagi. “Kejap lagi Ika makan ye mak,” hanya itu yang mampu dijawab olehnya.

Trutt..trutt..bunyi telefon bimbit Ann berbunyi lalu dibuka mesej yang memasuki peti masuknya.

Salam..lama tak dengar cite tentang awk. Awk sihat? Sy rindu la dgn awk.:)

Ann hanya memandang sepi mesej yang baru dibacanya. Masuk ini sudah hampir lapan kali Zaied menyatakan rasa rindunya dalam setiap mesej yang dihantar. Entah kenapa Ann berasa malas untuk reply mesej-mesej Zaied dan juga Hana Kamilia yang kadang-kadang diterimanya.

Entah kenapa ada satu perasaan yang sukar ditafsir setiap kali Hana Kamilia menceritakan hubungannya yang semakin rapat dengan Zaied Imran.

“Bukan ke Na bahagia dengannya. Kenapa dia still mention mengenai kata-kata rindunya pada aku? Macam mana kalau Hana Kamilia mengetahui mengenai ini. Apa yang patut dia katakan,” Anndriana Zulaikha cuba mencari jawapan walaupun dia sendiri tidak memahami keadaan yang berlaku sekarang ini.

“Ya Allah, sakitnya perut aku,” tersesak-esak Ann menahan sakit perutnya yang kebelakangan ini semakin menjadi-jadi sehingga susah untuk menjamah makanan. Berpeluh-peluh wajah bujur sireh sang puteri idaman.

“Mak! Ayah!,” Ann melaung-laung sehabis dayanya memanggil ibu bapanya kerana tidak tahan dengan kesakitan yang semakin mencucuk di bahagian perutnya. Bagai mahu pecah dinding perutnya.

“Ya Allah, kamu kenapa ni Ika?,” soal Haji Hassan sambil mendukung anak tunggalnya untuk dibawa ke klinik di Bandar. “Awak tolong ambil kad pengenalan Ika dengan beg duit saya kat atas meja dalam bilik kita. Kunci kereta sekali, cepat sikit!,” hanya itu yang mampu didengari Ann dan selepas itu Ann tidak sedar apa yang berlaku sehinggalah Ann tersedar selepas semalaman pengsan.

“Susahnya nak buka mata ni. kenapa la berat sangat mata ni nak buka,” ngomel Ann dalam hati sambil dimulutnya terkumat-kamit memanggil ibunya. “Mak ada dekat sini, Ika,” Ann tersenyum lega selepas mendengar suara insan yang sangat disayangi nya.

“Mak, Ika kat mana ni?,” soal Ika setelah dibetul-betul sedar dengan keadaan sekelilingnya yang masih asing di pandangannya. “Ika kat hospital ni, semalam Ika pengsan, sayang. Tapi semua dah baik. Ika tak payah risau ya. Ayah dah uruskan semuanya. Insyaallah, Ika akan sihat macam sebelum ni,” Ann seakan bingung mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya. Ann ingin menanyakan dengan lebih lanjut lagi, tetapi tidak sempat dia ingin membuka mulut, ibunya meminta diri untuk pergi ke bilik air sebentar.

No comments:

Post a Comment