menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Thursday, January 20, 2011

EPISOD 10

“Banyak kamu beli barang Ika?,” tanya ayah semasa kami sekeluarga menikmati makan malam. “Tak dak la ayah, Ika beli barang-barang keperluan ja. Lagipun harga barang-barang dekat sini murah la sikit daripada dekat Penang tu,” ayah hanya terangguk-angguk mendengar apa yang dikatakannya.

“Esok Ika bertolak ke sana pukul berapa?,” tanya ibunya pula
sambil menyuap nasi kedalam mulutnya. “Dalam pukul 10 pagi kot mak. Ayah ada kerja tak esok? Kalau tak dak Ika nak mintak tolong ayah hantar Ika pergi stesen bas. Itu pun kalau Ika tak menyusahkan ayah lah,” Ann mengatur ayat-ayat yang ingin diungkapkan kepada orang tuanya agar mereka tidak terasa hati dengan bait-bait katanya.

“Boleh saja, Ika. Kamu tu kan anak ayah tak menyusahkan apa-apa pun,” Ann hanya tersenyum mendengar persetujuan ayahnya untuk menghantarnya ke stesen bas. Ann bersyukur sangat-sangat kerana orang tuanya jarang untuk tidak menunaikan apa yang dimintanya. Oleh itu dia telah berjanji untuk menghadiakan segulung diploma kepada mereka setelah habis belajar nanti.

Selesai mengemas meja makan, Ann meminta izin untuk masuk kedalam bilik untuk mengemas pakaiannya. Ann mencapai telefon bimbitnya yang telah dimatikan setiap kali dia pulang bercuti dikampung. Hanay bila perlu saja dia akan on kembali telefonnya itu. Itu sudah menjadi kebiasaannya sejak dari tahun 1 dia dia ipta lagi.

Kebanyakkan rakan-rakannya telah tahu mengenai kebiasaanya kerana Ann pernah memberitahu mereka apabila mereka menanyakan kenapa setiap kali dia pulang ke kampung susah benar unutk menghubunginya.

Trutt..trutt..trutt..bunyi telefonnya berbunyi beberapa kali menandakan ada mesej yang masuk selepas beberapa minit menghidupkan kembali telefon mudah alihnya itu. “Banyaknya mesej !,” Ann bercakap sendirian.

Terdapat sepuluh mesej yang diterimanya. Kebanyakkannya dari Zaied. Hanya satu mesej saja dari Tasha itu pun hanya menanyakan sama ada Ann dah selamat sampai ke belum.

Kebanyakkan mesej Zaied berbaur kerinduan terhadap dirinya. Ann semakin keliru dengan sikap Zaied kerana baginya dia tidak boleh bersikap sedemikian jika menganggap mereka berdua adalah kawan baik. Ann sudah bertekad untuk menanyakan hal ini sendiri kepada Zaied selepas pulang ke sana.

Setibanya Ann di perhentian bas Penang Central, Ann terus mengambil bas rapid Penang 702 untuk pulang ke rumah sewanya. Keadaan yang agak sesak di sana membuatkan perjalanan Ann mengambil masa yang agak panjang untuk sampai ke rumah sewanya.

Ann disambut dengan senyuman rakan-rakan rumahnya yang sibuk menanyakan apa yang dibawanya dari kampung. Begitu lah tabiat kesemua penghuni rumah itu bila ada diantara mereka yang pulang ke rumah semasa cuti hujung minggu.

Hana Kamilia pula sibuk menanyakan mengenai barang yang dipesannya hari tu, “ada dalam beg aku, kejap aku ambil, hang nie kalau bab DVD no. 1,” sambil mengeleng-gelengkan kepala, Ann terus mengapai beg plastik yang berisi DVD itu lalu menghulurkan kepada Hana Kamilia. sambil tersenyum Hana Kamilia terus membelek-belek DVD tersebut lalu terus dipeluk Ann sambil mengucapkan terima kasih. Mereka ketawa melihat telatah Hana Kamilia yang keanak-anakkan itu.

“Parents kau sihat Ann?,” soal kak Sue yang tua setahun dari kami tapi menduduki tahun yang sama kerana dulu dia menerima tawaran ke matrikulasi selama setahun. Kak Sue atau nama sebenarnya Suriati Kamal berasal dari Kuala Lumpur, kami kenal pun semasa majlis Aku Janji sewaktu semester 1 lagi. “Alhamdullilah kak, mak ayah Ann kirim salam dekat semua,” ujar Ann dan seketika mereka semua menjawab salam daripada orang tua Ann.

“Ok la, Ann mintak diri ke dalam dulu la kak, nak kemas baju-baju nie, kat atas meja tu ada sikit makanan, makanlah jangan segan-segan pulak,’ Ann berlalu sambil menarik tocang Hana Kamilia yang kemudiannya dia mengaduh kesakitan. Ann ketawa kuat sambil mencebik ke arah Hana Kamilia sambil yang lain-lain sudah ketawa sampai nak pecah perut bila tanpa diduga bantal yang dibaling Hana Kamilia kena betul-betul di kepala Ann.

Begitulah suasana yang sering berlaku apabila mereka semua berkumpul bersama. Ada saja benda yang nak dijadikan bahan gurauan, dan tak lupa juga yang suka mengacau orang lain. Mereka semua tak pernah bergaduh disebabkan masing-masing dah terlalu matang untuk memikirkan kebaikan sesuatu perkara.

Malam itu, mereka semua keluar makan bersama-sama di kedai yang selalu dikunjungi oleh mereka satu rumah. Sedang mereka bergelak ketawa bercerita sambil makan, tanpa diduga Zaied datang ke meja mereka.

Kesemua mata terarah kearah Zaied yang berdiri dipenjuru meja dan berdekatan dengan tempat duduk Hana Kamilia dan Tasha. Ann terkejut bukan kepalang saat Zaied berbicara untuk berjumpa denganya sebenar. Suasana yang agak riuh tadi senyap serta-merta. Ann terus bangun dan sempat melihat mereka yang lain seakan melihat pelik kearahnya.

Ann juga perasaan perubahan dari wajah Hana Kamilia yang boleh dikatakan seperti orang cemburu. Ann terus berlalu dengan Zaied dan mengajaknya berbicara di kedai makan yang lain.