menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Sunday, September 19, 2010

episod 2

Selepas peristiwa Amir menemani Ann ke Jusco, mereka sudah jarang berjumpa kerana sibuk dengan hal masing-masing. Ann sendiri sibuk dengan penulisan yang perlu disiapkan minggu ini juga dan aktiviti itu tak ramai yang tahu hanya rakan-rakan baik saja yang tahu mengenai hal ini.

“Oit, mak cik!,” hampir tersedak aku dengan kejutan yang baru aku terima. “Kurang ajar betul la hang nie! Nak aku mati cepat ke Amir?” tanpa segan silu aku terus memukul lengan Amir dengan sudu yang masih dalam genggaman aku. “Aduh, sakit la! Kau nie cuba buat perangai macam perempuan sikit. Nie dah mengalahkan jantan aku tengok,” komen Amir terhadap sikap aku yang agak kasar tadi.“Suka hati aku la, hang kalut sangat awat? Nak jadi laki aku ke?” soal aku dengan nada yang agak kasar. “Kalau kau sudi nak jadi isteri aku, aku terima dengan hati terbuka. Tapi aku tau, aku bukan lelaki yang kau nak,” aku cuba buat-buat tak faham dengan apa yang aku dengar walaupun hati aku dah berdegup laju mendengar kenyataan Amir sebentar tadi. Dengan nada yang agak sayu tu telah membuat hatiku sedikit tertarik dengan Amir. “Apa yang hang merepek nie Amir. Aku tak faham la,” pandai tak aku berlakon?? “Aku tau kau faham Ann. Aq tak pernah paksa kau untuk terima aku. Ok lah, aq ada hal nie. Jaga diri,” Amir pergi meninggalkan aku macam tu je dan tiba-tiba hati aku sedih. Kenapa aku rasa macam nie??

Dah hampir dua minggu aku tak jumpa dengan Amir. Rindu pula aku dekat mamat wayar tak cukup tu. “Sha, hang ada jumpa Amir tak? Dah lama aku tak jumpa dengan dia,” tanya aku kepada Sha; classmate, housemate, roommate dan juga sahabat baik aku disini. “Tak dak pula aku jumpa dia. Hang rindu kat dia ke? Dulu hang juga kata tak suka kat dia, tak sekarang nie hang dah jatuh hati dengan mamat tak cukup tu?” Sha macam tau-tau je hati aku sekarang nie. “Eh, merepek betul la hang nie Sha. Aku tanya je manila tau kot-kot dia sakit ke apa ke,” menafikan lagi aku nie.
“Tu bukan Amir ke?” tanya Na yang juga member baik aku dengan Sha. “Mana? Mana?” aku terus mencari-cari susuk tubuh yang aku rindui. Tiba-tiba mataku terasa panas, hatiku berdebar-debar apabila aku terpandang seorang wanita cantik yang sedang bergelak tawa sambil memeluk lengan Amir. “Sapa wanita tu? Apa hubungan antara mereka?” aku cuba bertahan agar air mataku tak jatuh dihadapan mereka yang tak sepatutnya.

“Hai, korang!” sambil tersenyum manis Amir menyapa kami seperti biasa. “Sape belah ko nie Amir? Tak nak kenalkan dengan kitaorang ke?” Na menyiku aku sambil tersenyum sumbing. Aq pon boleh berlakon macam tak dak pape yang berlaku. “Ye la Amir, hang tak mau kenalkan ke cik cantik nie kat kami?” soal aku sambil terseyum paksa. “Hai, I Meera. I nie girlfriend Amir,” sambil tersenyum manja Meera melentokkan kepalanya dibahu Amir. Amir hanya tersenyum sambil mengangguk mengiakan semuanya.

Hanya Tuhan saja tahu apa yang berlaku dalam hati aku saat Amir mengaku yang Meera tu buah hati dia. Sakitnya hati bila teringat kembali peristiwa yang berlaku di Laman Siswa tempoh hari. Senyuman Amir, manja Meera dan semuanya membuatkan hati aku benar-benar sakit. Nampaknya luka lama berdarah kembali. Masa juga lah yang akan menjadi penentu untuk luka baru nie. Adakah luka ini bakal hilang atau menjadi satu lagi parut yang tak dapat dilihat oleh mata kasar. Aku mahu menangis semahu-mahunya malam nie. Aku cuba untuk melupakan perasaanku padanya. Aku berjanji malam nie merupakan malam terakhir aku menangis kerana seorang lelaki yang bernama Amir Dato’ Hamzah.