menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Monday, September 13, 2010

episod 1


EPISOD 1

Entah kenapa aku masih teringatkan dirinya, Sedangkan dah hampir setahun dia pergi dari hidupku. Mungkin dia tak pernah hilang dari hati aku, atau aku yang masih ada hati dengan dia? Ah. gila la aku kalau macam ni! Aku dah berjanji dengan diri aku yang aku tak akan jatuh cinta lagi sebelum aku habis diploma ni. Ya, itu janji aku untuk diri aku dan juga untuk keluarga aku. Aku takkan buang masa aku dengan berfikir tentang perkara yang x berfaedah ni .Insyallah,aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan azam aku yang satu ini.
“Kenapa la lagu ni yang keluar pula kat radio aku ni?,” kataku dalam separuh berbisik. “Lagu apa tu Ann?,” tanya Tasha yang sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh En.Dahlan dalam kelas Ekonomi tadi. “Mana ada lagu pape la. hang ni dengar semua je kan?,” sedaya upaya aku cuba menafikan apa yang didengar ditelinganya. “Eleh, ingat telinga aku ni cap koman ka ha? Telinga aku niey, telinga lintah ok!,” itu lah Natasha binti Ahmad, tak pernah nak kalah dengan aku.
“Oiit, berangan ka!?,” terkejut aku dengan jeritan yang agak hamper bunyinya sama dengan meriam buluh kat kampung aku. “Bongek la hang ni, terkejut aku. Nasib baik jantung aku ni sihat walafiat. Kalau tidak confirm aku sekarang terlentang kat katil hospital Seberang Jaya tu,” marah aku. “Alah relaks la sis, tu baru volume paling rendah , jap gi kalau high volume boleh pekak telinga hang tu,” Amir masih  seronok gelakkan aku sampai merah muka dia.
Amir bin Dato’ Hamzah, seorang lelaki yang tak pernah menjadi matang dan sentiasa kacau orang yang berada disekelilingnya. Tapi dialah yang selalu buat aku tersenyum dikala aku kesedihan. “Amir, petang ni hang free tak? Aku nak ajak hang teman aku pergi Jusco,” tanya aku dengan muka sekupang. “Ni mesti kau nak beli novel baru tu kan? Betul x? Ish,kau ni memang tak ley lekangkan dengan novel-novel kau tu. Jiwang gila. Hahahahahahah…,” aku dengan bersemangat kental terus menjawab. “Mana da jiwang, aku pon baca juga novel-novel thriller. Hang je yang tak tau. Main tuduh je tau!,” ha..tiba-tiba aku dah naik angin dengan budak Amir ni. Nasib kau la nak kena bambu dengan aku. Sapa suruh tuduh-tuduh. Puas hati aku bila aku tengok muka Amir yang masih terkejut dengan suara aku yang agak meninggi tadi.
“Kau ni kalau nak marah aku pon jangan la guna loghat negeri kau tu. Aku tak faham apa pun yang kau cakap tadi. Bila la kau nak lupakan loghat kau tu Ann?,” Amir meluahkan perasaan yang terbuku sambil menyedut air coke. “Helo, aku ni anak jati Kedah tau. Aku tak pernah malu nak guna loghat aku kat mana-mana. Kalau hang tak faham, hang tanya la aku. Bole aku translate kat hang maksud dia,” Amir tersengih-sengih melihat aku membuka hujah-hujah yanga agak bernas dari mulut aku.
“Eh, jom la temankan aku petang ni. Budak-budak lain semua dah ada plan sendiri,” pujuk aku dengan muka yang tak boleh blah ni. Lantak la, janji ada orang yang nak teman aku petang ni. Bukan aku tak boleh nak pergi sendiri, tapi aku rasa bosan nak jalan-jalan sorang-sorang. “Yelah, aku temankan. Pukul berapa kau nak pergi? Dah tak ada yang nak teman baru kau nak ajak aku kan. Hurm..kalau la ada yang sudi temankan kau, tak ada peluang la aku nak diajak oleh puteri Gunung Jerai ni,” kata-kata Amir hanya dijawab dengan senyum sumbing aku.
Seperti yang dijanjikan. Tepat pukul 5 petang, Amir dating menjemputku di rumah sewa yang hanya 500 meter dari kawasan yang disewa Amir. Aku terus masuk ke dalam kereta Suzuki Swift berwarna maroon dan kalau nak tahu inilah kereta yang aku idam-idamkan selama ini. Entah bila la aku boleh memilikinya aku pon tak tahu la. Mungkin nanti kalau ada rezeki, Insyaallah akan jadi juga milik aku. Amir tak pernah tahu tentang ni sebab aku tak nak dia anggap aku berkawan dengannya hanya sebab dia ada kereta kesukaan aku ini.
“Kau nak beli novel apa pula kali ni Ann?,” soal Amir setelah kami menjejakkan kaki kedalam kedai buku Popular. “Aku nak beli buku ‘Kau Laksana Bulan’ penulis buku ni Aina Amir. Buku ni dah diadaptasikan sebagai drama. Drama ni main kat Tv2, best cerita ni tapi aku tak sempat nak tegok sampai habis sebab kita dah masuk semester 3 hari tu. So, aku nak tau kesudahan cerita tu, sebab tu aku nak beli buku tu baca,” terang aku.  
“aku dah jumpa, jom kita balik,” aku mengajak Amir keluar dari kedai buku Popular. “Eh, nak balik dah ke? Jom la kita makan dulu ke minum ke. Kita baru je sampai dah nak balik,” Amir cuba memancing aku untuk makan di restaurant kegemarannya. “Tak nak la aku, dah la tempat tu mahal. Aku mana ada duit banyak-banyak. Lain la hang, hang kan loaded, anak Dato’ pula tu. Aku ni anak tukang kebun je,” tiba-tiba aku jadi rendah sangat. “Eh, apa yang kau merepek ni. Aku yang ajak kau makan, mesti la aku yang belanja. Kau ni mengarut je la, dah jom.” Aku masih berdiri disitu tanpa berganjak walaupun seinci. “Ann, kau nak jadi tugu Negara ke kat situ?,” ada ke dia kata aku nak jadi tugu negara. Tak boleh jadi ni. “Hey, hang kata pa kat aku?,” sepantas kilat aku terus mencubit lengan Amir.