menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Saturday, September 24, 2011

EPISOD 13

Sejak peristiwa hari itu, Zaied tidak tentu arah apabila setiap mesej yang dihantar tidak dibalas oleh Ann. Setiap panggilan yang dibuat tidak pernah sekali pun disambut. Marah benar gadis itu terhadapnya.

Ann sengaja menyepikan dirinya malah bukan dia tak pernah terserempak dengan Zaied, banyak kali. Tapi dia terus mengelak dan mengelak setiap kali terlihat susuk tubuh jejaka tampan itu.

Kalau nak difikirkan balik, ini adalah kesalahan dirinya dan Zaied juga tak pernah bagitahu yang sebetulnya dekat Hana Kamilia. Tapi, dia masih marah dengan Zaied. Kenapa ya? Ini ke yang dinamakan cinta? Entah kenapa dirinya masih enggan mengaku bahawa dirinya telah jatuh cinta sekali lagi.

“Tidak! Aku tak boleh jatuh cinta dengan dia atau sesiapa pun,” Ann berbicara sendirian. “Anndriana Zulaikha,” muka Ann pucat seakan tiada darah yang mengalir setelah melihat orang yang menyapanya tadi ialah Zaied Imran.

Dia tidak tahu apa saat ini dia perlu lari lagi atau hanya berdepan dengannya bagi menyelesaikan masalah ini saja. Ann kebingungan. Zaied menariknya agar ke suatu sudut yang agak terlindung dari siswa-siswa lain.

“Sampai bila awak nak lari dari saya?,” soal Zaied ingin meminta kepastian. Ann hanya memandang lantai tanpa berkutik walaupun seinci dari tempat dia berdiri. “Saya tak pernah larikan diri dari awak,” Anndriana Zulaikha tambah satu lagi dosa kau.

Zaied hanya tersenyum sinis dan tindakannya itu telah membuatkan Ann berlalu tinggalkannya. Zaied terus mengejar Ann dan akhirnya Berjaya juga dia mencapai jari runcing milik pujaan hatinya. Bertapa halus kulitnya sehalus budi bahasa tuan punya diri.

“Apa ni?! Lepaslah!,” Ann menarik kasar jemarinya sambil mengusap-usap lembut dek kerana cengkaman Zaied yang agak menyakitkan tadi.

“Saya mintak maaf. Saya penatlah, awak selalu larikan diri awak setiap kali bertemu saya. Saya selalu nampak, saya nak tegur awak tapi awak..awak macam seekor burung merpati yang nampak saja jinak tapi bila didekati awak mula terbang tinggi meninggalkan saya,” Ann hanya mendengar setiap patah kata yang keluar dari mulut Zaied Imran.

Ann tak mampu untuk berkata-kata saat ini. Dia hanya berharap Zaied akan berhenti bercakap mengenai hati dan perasaan. “Sudahlah! Saya rasa semua ini adalah satu kesilapan. Saya mintak maaf. Tolong jangan cari saya lagi,” ucap Ann akhirnya.

“Saya cintakan awak, Anndriana Zulaikha,” bertapa pilu hatinya mendengar ungkapan ikhlas itu dari bibir Zaied. Ann akhirnya berhenti dari menlangkah pergi. “Saya tak nak Hana Kamilia kecewa. She love you,” Ann berharap agar Zaied mengerti bahawa bertapa pentingnya sebuah persahabatan kepada dirinya.

“Saya tak cintakan dia. Kenapa awak nak paksa saya untuk mencintai Hana Kamilia?? Sedangkan saya juga tahu yang awak cintakan saya! Kenapa awak mesti lakukan semua ini??!,” akhirnya terbongkar juga rahsia hati Anndriana Zulaikha.

Akhirnya Ann hanya berdiam diri sambil menangis disudut itu sambil melihat Zaied pergi meninggalkannya seorang diri sekali lagi. “Aku tak layak unutk dicintai, Zaied,” Ann merintih pilu sambil melihat langkah Zaied yang sudah hilang entah kemana.

Ann berjalan pulang kerumah dalam keadaan yang sangat lemah. Seluruh tubuhnya berasa sungguh sakit. Kepalanya berdenyut kesakitan. Hatinya menangis pilu,. Entah kenapa saat ini dia merindui orang tuanya. “Mak, Ika rindu mak,” Ann berbicara sendirian sambil meghapuskan air mata yang gugur di pipinya.

Sakitnya bila menyakiti hati orang yang kita sayang. Sakitnya tak tertanggung oleh Ann sehingga menyebabkannya demam selama seminggu. Hana Kamilia pernah juga bertanya mengenai Zaied kepadanya, tetapi Ann hanya mengeleng-gelengkan kepalanya tanda dia juga tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi kerana sudah hampir dua minggu Hana Kamilia menghubunginya tanpa ada balasan dari Zaied Imran.

Saat ini Zaied hanya mengharapkan Ann menghubunginya. Tetapi dirinya hampa kerana setiap panggilan dan mesej yang masuk hanya daripada Hana Kamilia yang bertanyakan khabar serta beberapa orang rakan sekelasnya. Zaied tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Ann hanya ingin membahagiakan orang yang disayangi oleh kerana penyakitnya yang tidak memungkinkan dia mencintai seorang lelaki. Selain itu Ann juga berharap agar satu hari nanti Zaied Imran akan sedar bahawa cinta Hana Kamilia lebih agung dari cintanya. Semoga Allah membuka hati Zaied untuk menerima Hana Kamilia. Itulah doa yang selalu mengiringi solatnya setiap waktu.

No comments:

Post a Comment