menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Sunday, September 25, 2011

EPISOD 15

Akhirnya cuti semester pun bermula. Entah kenapa hatinya berasa berat untuk meninggalkan rumah sewa, kampus, dan juga sahabat-sahabat. Ann berasa sayu sekali ketika melangkah pergi ke perhentian bas yang terletak 500 meter dari rumah sewanya.

Ann sampai ke rumahnya pada pukul 5 petang kerana dia keluar rumah pada pukul 1.30 petang dan dia adalah orang terakhir yang berada dirumah itu dan setiap penjuru rumah itu dilihat dengan linangan air mata. “Kenapa aku rasa berat hati sangat nak balik kali ni?,” akhirnya soalan itu dibiarkan kerana dia juga tidak tahu kenapa hatinya begitu sayu sekali.

“Ibu, nak masak apa malam ni?,” soal Anndriana Zulaikha sambil menatap wajah seorang insan yang sangat disayanginya. Hajah Hajar hanya melihat anaknya sambil tersenyum. “Ibu ingat nak masak gulai nangka dengan udang lah. Lama juga ibu tak masak lauk tu,” Hajah Hajar sengaja menguatkan sedikit suaranya apabila melihat anak daranya hendak berlalu ke ruang tamu.

Kecur air liur Anndriana Zulaikha apabila mendengar lauk kegemarannya disebut oleh si ibu. Anndriana Zulaikha tidak jadi untuk melangkah pergi. Sambil tersenyum diberpaling semula memandang wajah insan yang sangat disayanginya dan terus mengambil nangka didalam peti sejuk lalu memotongnya.

“Cuti nie Ika nak buat apa?,” soal ibu sambil menumis bahan-bahan unutk dibuat gulai. “Entah la ibu, Ika pun tak fikir lagi,” jawab Anndriana sambil meneruskan kerjanya. Dalam fikirannya kini giat memikirkan kerja apa yang sesuai untuk dijadikan kerja sambilannya kali ini.

“Ika, ayah ada dengar yang Pak cik Mat kamu tu nak pakai orang kat kedai minyak dia. Kamu nak cuba mintak tak kerja dekat sana? Kalau kamu nak ayah boleh tolong tanyakan,” Anndriana memikirkan apa yang dikatakan oleh ayahnya semasa makan malam tadi. “Apa aku patut mintak kerja tu ke tak payah?,” persoalan yang dikeluarkan tanpa jawapan membuatkan Anndriana mengeluh kasar.

“Ayah kenapa tak tidur lagi?,” tanya Anndriana sewaktu terserempak dengan ayahnya semasa ingin ke dapur mengambil air. “Ayah nak minum, dahaga pula,” tanpa lengah Anndriana terus menuangkan air masak kepada ayahandanya. Haji Hassan mengambilnya lalu duduk dikerusi yang telah tersedia di dapur dan mengajak anaknya duduk bersama-sama.

“Kenapa sejak akhir-akhir ini ayah tengok anak ayah dah berubah sedikit?,” soal Haji Hassan memulakan perbualan. “Eh, mana ada lah ayah. Ika macam biasa je nie,” Anndriana cuba menafikan apa yang dikatakan oleh ayahnya. “Berubah ke aku?,” sebelum terlelap Anndriana mengulangi persoalan ayahnya tadi. Akhirnya Anndriana terlelap dengan seribu satu persoalan didalam mindanya.

“Awal kamu bangun Ika. Nak keluar dengan Aminah ke?,” sambil berjalan keluar bilik Ika menjawab soalan yang ditanya ayahnya. “Tak lah ayah, Ika saja je bangun awal ingat nak tolong mak kat dapur,” Ika terus mengambil tempat disisi ayahnya sambil menuang teh o panas yang sememangnya menjadi kewajipan diatas meja makan itu.

Sejujurnya Anndriana Zulaikha tidak dapat melelapkan matanya semalam. Perutnya terlalu sakit sehingga menyebabkan tidurnya terganggu. Ann sedaya-upaya menahan sakitnya dengan memakan painkiller yang sentiasa ada disampingnya.

“Ika, kamu tak makan ke bihun goreng yang mak buat ni?,” Ann hanya memandang sepi bihun goring itu seolah-olah nafsu makannya sudah tidak berfungsi lagi. “Kejap lagi Ika makan ye mak,” hanya itu yang mampu dijawab olehnya.

Trutt..trutt..bunyi telefon bimbit Ann berbunyi lalu dibuka mesej yang memasuki peti masuknya.

Salam..lama tak dengar cite tentang awk. Awk sihat? Sy rindu la dgn awk.:)

Ann hanya memandang sepi mesej yang baru dibacanya. Masuk ini sudah hampir lapan kali Zaied menyatakan rasa rindunya dalam setiap mesej yang dihantar. Entah kenapa Ann berasa malas untuk reply mesej-mesej Zaied dan juga Hana Kamilia yang kadang-kadang diterimanya.

Entah kenapa ada satu perasaan yang sukar ditafsir setiap kali Hana Kamilia menceritakan hubungannya yang semakin rapat dengan Zaied Imran.

“Bukan ke Na bahagia dengannya. Kenapa dia still mention mengenai kata-kata rindunya pada aku? Macam mana kalau Hana Kamilia mengetahui mengenai ini. Apa yang patut dia katakan,” Anndriana Zulaikha cuba mencari jawapan walaupun dia sendiri tidak memahami keadaan yang berlaku sekarang ini.

“Ya Allah, sakitnya perut aku,” tersesak-esak Ann menahan sakit perutnya yang kebelakangan ini semakin menjadi-jadi sehingga susah untuk menjamah makanan. Berpeluh-peluh wajah bujur sireh sang puteri idaman.

“Mak! Ayah!,” Ann melaung-laung sehabis dayanya memanggil ibu bapanya kerana tidak tahan dengan kesakitan yang semakin mencucuk di bahagian perutnya. Bagai mahu pecah dinding perutnya.

“Ya Allah, kamu kenapa ni Ika?,” soal Haji Hassan sambil mendukung anak tunggalnya untuk dibawa ke klinik di Bandar. “Awak tolong ambil kad pengenalan Ika dengan beg duit saya kat atas meja dalam bilik kita. Kunci kereta sekali, cepat sikit!,” hanya itu yang mampu didengari Ann dan selepas itu Ann tidak sedar apa yang berlaku sehinggalah Ann tersedar selepas semalaman pengsan.

“Susahnya nak buka mata ni. kenapa la berat sangat mata ni nak buka,” ngomel Ann dalam hati sambil dimulutnya terkumat-kamit memanggil ibunya. “Mak ada dekat sini, Ika,” Ann tersenyum lega selepas mendengar suara insan yang sangat disayangi nya.

“Mak, Ika kat mana ni?,” soal Ika setelah dibetul-betul sedar dengan keadaan sekelilingnya yang masih asing di pandangannya. “Ika kat hospital ni, semalam Ika pengsan, sayang. Tapi semua dah baik. Ika tak payah risau ya. Ayah dah uruskan semuanya. Insyaallah, Ika akan sihat macam sebelum ni,” Ann seakan bingung mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya. Ann ingin menanyakan dengan lebih lanjut lagi, tetapi tidak sempat dia ingin membuka mulut, ibunya meminta diri untuk pergi ke bilik air sebentar.

EPISOD 14

Tanpa disedari debaran peperiksaan akhir sudah hampir ke garisan penamatnya. Alhamdullilah, semuanya dilalui Ann dengan hati yang tenang.Hari ini ialah paper terakhir bagi student Pengurusan Hotel. Akhirnya semua kertas berjaya juga dijawab oleh mereka semua. Sebulan dari sekarang result akan menanti semua pelajar semester 3.

Hari ini juga genap sudah sebulan Anndriana Zulaikha tidak bertemu dengan Zaied Imran. “Akhirnya tamat juga seksaan bagi aku,” Hana Kamilia mengeluarkan keluhan yang agak kuat dan semua yang ada disitu hanya tersenyum meilhat sikap Hana Kamilia.

“Ish, hang ni tak elok la anak dara buat perangai macam tu,” Tasha menegur sikap Hana Kamilia yang selalu saja melakukan perkara yang tidak dia sukai. “Hehe..sorry la . Aku happy sangat sebab kita dah habis final.

“Happy..happy juga. Tapi hang jangan buat-buat lupa sebulan dari sekarang kita akan berhadapan dengan result yang mungkin akan mengubah sikap hang tu,” Tasha sengaja mengenakan Hana Kamilia yang sudah masak dengan perangainya bila result akan keluar dengan sikapnya yang bukan-bukan.
Ada sekali tu Hana Kamilia sanggup datang ke rumah Tasha kerana takut untuk melihat resultnya seorang diri. Tasha jugalah yang hantar dia ke stesen bas selepas melihat result mereka berdua. Hana Kamilia seseorang yang tak dapat dijangka tingkah lakunya.

Akhirnya kami semua ketawa melihat Hana Kamilia menahan marahnya. Anndriana Zulaikha, Hana Kamilia, Tasha, dan juga Kak Sue telah berjanji untuk keluar makan di KFC yang terletak didalam bangunan Jusco. Mereka berempat meluangkan masa bersama-sama sambil menceritakan pelbagai kisah.
Tidak lupa juga mereka semua dapat melihat sendiri buah hati Kak Sue yang selama ini disembunyikan dengan rapi. Agak handsome juga orangnya, berkulit sawo matang, berkumis rapi, dan tinggi pun lebih kurang sama dengan Kak Sue. Abang Khairul adalah student mekanikal part5. Abang Khairul tak pernah lokek dengan senyuman yang selalu saja meniti di bibirnya.

Hana Kamilia yang paling seronok. Dia selalu saja berkesempatan untuk mengusik mereka berdua. Ada ke patut dia menyoalkan bila nak bertunang, kahwin dan part ini yang paling kami geli hati.

Bila dah kahwin, agak-agak berapa ramai anak yang mereka mahukan. Ann dan Tasha sempat ketawa apabiila melihat Abang Khairul mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Kak Sue pula hanya tersenyum malu dihadapan mereka semua sambil mencubit paha Hana Kamilia yang masih ketawa berdekeh-dekeh.

Akhirnya mereka sampai ke rumah sewa pada pukul 11 malam, itupun nasib baik Abang Khairul yang hantarkan. Itulah antara malam yang agak seronok bagi mereka semua. Sampai saja di rumah, masing-masing berebut untuk masuk ke bilik air. Itulah perkara biasa yang akan sering berlaku setiap pagi sebelum pergi ke kelas dan juga setelah semua pulang ke rumah.

Ann jugalah yang menjadi orang terakhir untuk mandi kerana memberi laluan kepada mereka yang lain menunaikan solat Insyak. Selesai mandi mereka semua sibuk mengemas baju-baju dan buku-buku yang perlu dibawa balik serta mengemas rumah sebelum mereka semua pulang untuk cuti semester kali ini.

Hana Kamilia pula sibuk bertanya baju yang mana perlu dibawa balik ke rumahnya dan yang mana tidak perlu. Ini kerana Hana Kamilia mempunyai baju yang agak banyak berbanding mereka yang lain.

Sudah menjadi tradisinya setiap kali keluar akan membeli walaupun sehelai baju yang berjaya memikat hatinya. Tak lupa juga pada malam itu, Hana Kamilia membeli 3 helai blouse serta 2 helai seluar jeans, katanya bukan senang nak membeli-belah tambahan pula ketika itu ada sales yang sedang berlangsung.

Hana Kamilia tidak perlu bimbang dengan soal kewangan kerana ayahnya selalu bank in kan duit setiap kali Hana Kamilia merunggut duit tidak ada. Kak Sue yang sering menasihatinya agar berjimat-cermat tetapi semua itu hanya bagai menuang air ke daun keladi saja. Hana Kamilia sukar menerima nasihat atau teguran orang lain terhadap dirinya.

“Ann, banyak ke barang hang nak bawa balik?,” soal Tasha yang sedang berkemas disebelahnya. “Tak la banyak sangat. Lagipun aku balik naik bas, mana larat nak angkut semua ni. Lain la hang, parents datang ambil,” jawab Ann sambil memasukkan baju-bajunya ke dalam beg baju.

“Hang balik esok pukul berapa?,” Ann juga sedang berfikir pukul berapa agaknya dia nak balik esok. “Aku tak sure lagi lah. Tengoklah keadaan macam mana esok,” Ann berlalu keluar dari bilik sambil membawa beg plastik yang berisi kertas-kertas yang tidak lagi digunakannya.

Malam itu mereka semua bersepakat untuk tidur di halaman tengah rumah sewa sambil bercerita mengenai plan cuti semester ini.Hana Kamilia terpaksa pulang ke kampung pada minggu depan kerana sepupunya bakal mendirikan rumahtangga. Tasha pula akan ke Kuala Lumpur untuk membantu Mak Ciknya yang baru bersalin anak lelaki. Kak Sue pula akan memulakan kerja yang telah dicari terlebih awal oleh abangnya pada minggu kedua cuti semester. Ann pula masih tidak tahu apa yang akan dia lakukan pada cuti semester kali ini.

Tanpa sedar, mereka semua terlena dek keletihan sepanjang hari itu.

Saturday, September 24, 2011

EPISOD 13

Sejak peristiwa hari itu, Zaied tidak tentu arah apabila setiap mesej yang dihantar tidak dibalas oleh Ann. Setiap panggilan yang dibuat tidak pernah sekali pun disambut. Marah benar gadis itu terhadapnya.

Ann sengaja menyepikan dirinya malah bukan dia tak pernah terserempak dengan Zaied, banyak kali. Tapi dia terus mengelak dan mengelak setiap kali terlihat susuk tubuh jejaka tampan itu.

Kalau nak difikirkan balik, ini adalah kesalahan dirinya dan Zaied juga tak pernah bagitahu yang sebetulnya dekat Hana Kamilia. Tapi, dia masih marah dengan Zaied. Kenapa ya? Ini ke yang dinamakan cinta? Entah kenapa dirinya masih enggan mengaku bahawa dirinya telah jatuh cinta sekali lagi.

“Tidak! Aku tak boleh jatuh cinta dengan dia atau sesiapa pun,” Ann berbicara sendirian. “Anndriana Zulaikha,” muka Ann pucat seakan tiada darah yang mengalir setelah melihat orang yang menyapanya tadi ialah Zaied Imran.

Dia tidak tahu apa saat ini dia perlu lari lagi atau hanya berdepan dengannya bagi menyelesaikan masalah ini saja. Ann kebingungan. Zaied menariknya agar ke suatu sudut yang agak terlindung dari siswa-siswa lain.

“Sampai bila awak nak lari dari saya?,” soal Zaied ingin meminta kepastian. Ann hanya memandang lantai tanpa berkutik walaupun seinci dari tempat dia berdiri. “Saya tak pernah larikan diri dari awak,” Anndriana Zulaikha tambah satu lagi dosa kau.

Zaied hanya tersenyum sinis dan tindakannya itu telah membuatkan Ann berlalu tinggalkannya. Zaied terus mengejar Ann dan akhirnya Berjaya juga dia mencapai jari runcing milik pujaan hatinya. Bertapa halus kulitnya sehalus budi bahasa tuan punya diri.

“Apa ni?! Lepaslah!,” Ann menarik kasar jemarinya sambil mengusap-usap lembut dek kerana cengkaman Zaied yang agak menyakitkan tadi.

“Saya mintak maaf. Saya penatlah, awak selalu larikan diri awak setiap kali bertemu saya. Saya selalu nampak, saya nak tegur awak tapi awak..awak macam seekor burung merpati yang nampak saja jinak tapi bila didekati awak mula terbang tinggi meninggalkan saya,” Ann hanya mendengar setiap patah kata yang keluar dari mulut Zaied Imran.

Ann tak mampu untuk berkata-kata saat ini. Dia hanya berharap Zaied akan berhenti bercakap mengenai hati dan perasaan. “Sudahlah! Saya rasa semua ini adalah satu kesilapan. Saya mintak maaf. Tolong jangan cari saya lagi,” ucap Ann akhirnya.

“Saya cintakan awak, Anndriana Zulaikha,” bertapa pilu hatinya mendengar ungkapan ikhlas itu dari bibir Zaied. Ann akhirnya berhenti dari menlangkah pergi. “Saya tak nak Hana Kamilia kecewa. She love you,” Ann berharap agar Zaied mengerti bahawa bertapa pentingnya sebuah persahabatan kepada dirinya.

“Saya tak cintakan dia. Kenapa awak nak paksa saya untuk mencintai Hana Kamilia?? Sedangkan saya juga tahu yang awak cintakan saya! Kenapa awak mesti lakukan semua ini??!,” akhirnya terbongkar juga rahsia hati Anndriana Zulaikha.

Akhirnya Ann hanya berdiam diri sambil menangis disudut itu sambil melihat Zaied pergi meninggalkannya seorang diri sekali lagi. “Aku tak layak unutk dicintai, Zaied,” Ann merintih pilu sambil melihat langkah Zaied yang sudah hilang entah kemana.

Ann berjalan pulang kerumah dalam keadaan yang sangat lemah. Seluruh tubuhnya berasa sungguh sakit. Kepalanya berdenyut kesakitan. Hatinya menangis pilu,. Entah kenapa saat ini dia merindui orang tuanya. “Mak, Ika rindu mak,” Ann berbicara sendirian sambil meghapuskan air mata yang gugur di pipinya.

Sakitnya bila menyakiti hati orang yang kita sayang. Sakitnya tak tertanggung oleh Ann sehingga menyebabkannya demam selama seminggu. Hana Kamilia pernah juga bertanya mengenai Zaied kepadanya, tetapi Ann hanya mengeleng-gelengkan kepalanya tanda dia juga tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi kerana sudah hampir dua minggu Hana Kamilia menghubunginya tanpa ada balasan dari Zaied Imran.

Saat ini Zaied hanya mengharapkan Ann menghubunginya. Tetapi dirinya hampa kerana setiap panggilan dan mesej yang masuk hanya daripada Hana Kamilia yang bertanyakan khabar serta beberapa orang rakan sekelasnya. Zaied tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Ann hanya ingin membahagiakan orang yang disayangi oleh kerana penyakitnya yang tidak memungkinkan dia mencintai seorang lelaki. Selain itu Ann juga berharap agar satu hari nanti Zaied Imran akan sedar bahawa cinta Hana Kamilia lebih agung dari cintanya. Semoga Allah membuka hati Zaied untuk menerima Hana Kamilia. Itulah doa yang selalu mengiringi solatnya setiap waktu.

Wednesday, April 06, 2011

EPISOD 12

Sewaktu sedang berjalan keluar dari kedai buku UiTMPP, Ann terpandang sepasang susuk tubuh yang amat dikenalinya. Zaied Imran dan Hana Kamilia. Apa yang mereka bualkan sampai kedua-duanya tersenyum manis saja. Tiba-tiba ada satu perasaan yang hadir tanpa Ann sedari. Cemburu. Ya, dia cemburu dengan kemesraan antara mereka berdua.

Zaied perasaan kehadiran Anndriana Zulaikha di situ tetapi dia hanya memandang tanpa menegurnya. Entah kenapa Zaied rasa dia tidak perlu menegur Ann pada saat itu.

Ann terus menghantar mesej kepada Zaied untuk mengajaknya berjumpa pada petang itu. Tetapi Zaied tidak membalasnya. Entah kenapa sikap Zaied berubah sama sekali terhadap dirinya.

Awk dekat mana?

Zaied hanya menghantar mesej ringkas bertanyakan kedudukannya dimana sekarang ini.

Library..

Hanya itu yang mampu dibalas oleh Ann. Sememangnya mereka sering bertemu disitu. Mungkin lebih selesa berbicara ditempat yang senyap dan aman.

Ann mengambil tempat yang biasa diduduki mereka, tempat yang agak tersembunyi itu sering menjadi pilihan mereka berdua. Zaied berjalan menghampiri mejanya. Tiba-tiba Ann berasa berdebar-debar melihat setiap langkah Zaied yang semakin hampir dengan mejanya.

Ann tersenyum separuh paksa apabila Zaied mengambil tempat berhadapan dengannya. “Ada apa awak nak jumpa dengan saya?,” Zaied memperlahankan suaranya tapi masih mampu didengari oleh Ann.
“Saya ada benda nak cakap dengan awak. Awak tak sibuk ke hari ni?,” tanya Ann dengan harapan Zaied tidak ada kelas yang perlu dihadirinya selepas ini. “Saya dah habis kelas,” hanya itu yang keluar dari bibirnya. Entah kenapa Zaied berasa malas untuk bercakap panjang. Ini semua disebabkan pertemuannya dengan Hana Kamilia sebentar tadi.

Mungkin kalau Ann tidak menghantar mesej untuk berjumpa dengannya, Zaied sendiri yang akan menelefon Ann untuk berjumpa pada petang itu. Zaied masih menunggu bait-bait kata keluar dari bibir mungil Ann yang ketika ini masing-masing hanya sepi seribu bicara.

“Awak tak nak cakap apa-apa ke?,” tanya Zaied setelah hampir 10 minit mereka berdiam diri. “Saya nak mintak maaf kat awak sebab saya beritahu Hana Kamilia yang awak nak kenal dengan dia,” akhirnya keluar juga kata-kata itu dari bibr Anndriana Zulaikha. Ann hanya memandang raut wajah Zaied yang masih menunduk memegang buku engineeringnya.

“Kita sembang kat luar,” Zaied terus bangun meninggalkan Ann yang masih terkejut dengan cadangan Zaied tadi. Ann terus meletakkan buku yang diambilnya sewaktu memasuki library tadi ke atas rak yang telah disediakan oleh perpustakawan.

Ann berlari anak untuk mengejar Zaied yang agak laju langkahnya. Ann tahu yang Zaied tengah marah. Apa yang bolehdia buat sedangkan kata-katanya malam tadi telah terlahir dari bibirnya sendiri. Pandai buat, pandai la tanggung. Itulah prinsip Ann.

Akhirnya mereka berdua berhenti juga di satu tempat rehat yang disediakan oleh pihak universiti untuk kemudahan para pelajar kampus itu. “Kenapa awak buat saya macam ni?,” Zaied memulakan perbualan antara mereka setelah sekian lama melihat wajah si cantik ayu di hadapannya.
Bertapa dia merindui wajah bujur sirih itu tetapi kerinduannya tercalar dengan sikap Ann sendiri yang langsung tidak tahu untuk menjaga hatinya. Entah kenapa pembohongan yang dilakukan oleh Ann begitu menyakitkan hatinya.

“Hai! Awak zaied kan?,” Hana Kamilia terus menegur seorang lelaki yang telah lama ingin ditegurnya. Tanpa segan silu Hana Kamilia menghulurkan tangan lalu disambut oleh sang jejaka sambil tersenyum manis.

“Ya, saya Zaied,” Zaied hanya tersenyum melihat telatah Hana Kamilia yang gembira bagai anak kecil mendapat coklat kegemarannya. “Hana Kamilia. Saya kawan Anndriana Zulaikha,” Zaied hanya mengangguk-anggukkan kepalanya selepas mendengar nama Anndriana Zulaikha.

“Kalau awak nak kenal dengan saya, tak payah la susah-susah tanya dekat Ann ye. Tapi betul ke awak nak berkenalan dengan saya?,” soal Hana Kamilia tanpa segan silu bagi mencari kepastian daripada Zaied sendiri.

“Maaf, saya tak faham apa yang awak cakapkan ni,” Zaied kebingungan dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. “Ann cakap awak jumpa dengan dia semalam sebab nak tanya tentang saya. Sebab tu hari ni saya jumpa awak terus. Lagipun kalau niat awak baik apa salahnya,” sambil tersenyum Hana menerangkan apa yang dikatakan oleh Ann semalam.

Akhirnya Zaied hanya tersenyum sambil menyambut kertas yang mengandungi nombor telefon milik Hana Kamilia. “Insyaallah, kalau saya ada masa saya mesej awak,” Zaied terus berlalu setelah memberi salam kepada Hana Kamilia yang masih berada disitu untuk ke kelasnya sebentar lagi.
“Anndriana, kenapa kau buat aku macam ni? aku tak suka Hana Kamilia. Aku cintakan Anndriana Zulaikha. Kenapa kau tak nampak semua ni,” mengingatkan semua kembali membuatkan Zaied berasa terhina dengan sikap Ann.

Zaied masih menunggu Ann untuk menjelaskan segala-galanya. “Hana Kamilia sukakan awak. Lagipun awak kan single lagi. Hana pun takde sesiapa lagi. Jadi tak kan ada yang marah kalau saya satukan korang berdua,” Ann cuba menerangkan apa yang telah direncanakan semalam.

“Look!,” sambil mencengkam bahu Ann, Zaied melepaskan kemarahannya yang tidak terbendung itu. “ I’m do not have any feeling with her. Don’t you dare to match me with anyone else. Could you understand my words, Anndriana Zulaikha??,” Zaied meninggikan suaranya lalu meninggalkan Ann yang masih berdiri di situ.

Akhirnya Ann terduduk di situ sambil menangis menyesali apa yang telah dia lakukan kepada Zaied Imran dan Hana Kamilia. Entah kenapa Ann berkecil hati dengan sikap Zaied sebentar tadi. Tapi semua ini telah berlaku. Ann cuma mengharapkan agar Zaied tidak memberitahu hal yang sebenarnya kepada Hana Kamilia.

Sunday, January 23, 2011

EPISOD 11

Ann kembali ke tempat mereka makan tadi dan dia perasan keadaan yang amat berbeza kerana mereka hanya menyepi seperti baru menerima berita yang menyedihkan. Ann cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kak Sue dan Tasha cuba menceriakan keadaan dan Ann hanya bercakap seperti biasa. Tetapi mereka semua perasaan sikap Na yang tiba-tiba berubah menjadi pendiam.

“Siapa tadi tu Ann?,” boyfriend kau ke? Tak bagitahu pun, senyap-senyap je kan,” Kak Sue cuba mengorek hubungan Ann dengan Zaied. “Mana ada lah, kami kawan je pun. Kalau akak nak tau, Na ni yang minta sangat dekat dia,” walaupun bukan itu yang aku cuba ingin katakan. Tiba-tiba reaksi Na berubah sambil tersenyum sipu. “Mana ada kak. Ann, kau nie saja la. Malu aku kat akak dengan Sha,” aku melihat perubahan Na yang sangat ketara.

“Oh, patut la ada orang tu muncung je bila mamat tu nak cakap dengan Ann,” mereka semua ketawa melihat Hana Kamilia mencubit lengan Tasha sesudah menghabiskan ayatnya sebentar tadi. Ann pun turut ketawa melihat sikap mereka berdua. Kak Sue hanya mengeleng-geleng kepalanya. “Kenapa dia nak jumpa kau Ann?,” akhirnya persoalan itu keluar juga dari mulut Hana Kamilia.

“Dia nak tanya tentang kau lah,” entah apa yang merasuk fikirannya sampai Ann boleh berkata sedemikian. “Aku mintak maaf Zaied, tapi aku rasa Hana Kamilia adalah orang yang sesuai dengan kau,” Ann hanya meluahkan kata-kata itu dalam hatinya. “ Tak sangka kan, rupa-rupanya ada orang suka juga dekat hang lah Na. Aku ingatkan dah tak ada orang yang berani dekat dengan hang lagi,” Hana Kamilia hanya mencebik apabila mendengan Tasha berkata sedemikian.

Sebenarnya pertemuan mereka bukanlah seperti apa yang dikatakan oleh Ann sebentar tadi. Ann terus mengutuk dirinya sendiri kerana memberi harapan kepada Hana Kamilia. Ann harus beritahu Zaied mengenai perkara ini sebelum Hana Kamilia menemui Zaied Imran sendiri.

Anndriana Zulaikha, nama seindah wajah tetapi tidak ramai yang mengenali hatinya. Sebenarnya Ann hanyalah anak angkat kepada ibu bapanya sekarang. Sampai sekarang Ann tidak tahu dimana orang tua kandungnya berada.

Sebelum melelapkan matanya malam itu, Ann teringat apa yang dikatakan oleh Zaied semasa pertemuan itu. “Awak sihat?,” Zaied memulakan dahulu disebabkan dia dapat melihat muka Ann yang agak kemarahan itu. Zaied juga tahu perubahan wajah itu disebabkan olehnya. Apa boleh buat, bila hati dah rindu semua benda dianggap betul baginya.

“Alhamdullilah, sihat,” Ann memberi reaksi yang agak dingin supaya Zaied tahu perbuatanya tadi telah mengundang kemarahannya. Ann terus hilang mood apabila melihat Zaied menghampiri mejanya tadi.

“Ada apa awak nak jumpa dengan saya?,” soal Ann setelah mereka duduk di satu meja dikedai makan yang berdekatan. “Awak marah saya ke?,” Zaied menjawab soalan Ann dengan soalan juga.

Ann hanya mendengus kasar tetapi masih mengcontrol cara percakapannya agar tidak terlalu kasar. “Tak pe la kalau awak tak sudi nak jumpa saya. Saya mintak maaf kalau saya dah buat awak marah. Saya cuma nak tanya khabar awak je, dah terlanjur saya nampak awak tadi,” Zaied bagaikan kecil hati dengan sikap Ann yang agak kasar kepadanya. Ann seakan berasa bersalah lalu dicapai tangan Zaied tanpa berfikir panjang.

“Saya mintak maaf,” sambil melepaskan pegangannya apabila melihat Zaied agak terkejut dengan perbuatannya. Ann malu sendiri dengan apa yang berlaku lalu dia terus berjalan meninggalkan Zaied yang masih terpinga-pinga dengan perbuatannya.
Cinta ke aku kepadanya? Kalau aku cintakan Zaied, Hana Kamilia pasti terluka. Tidak! Hana Kamilia tidak layak untuk dikecewakan. Ann dah berjanji kepada dirinya bahawa esok selepas kelas dia pasti bertemu dengan Zaied untuk memberitahu mengenai hal ini sebelum semuanya belum terlambat.

Semoga pagi esok akan memberi seribu sinar kebahagiaan kepadanya. Itulah harapan yang selalu bermain dibibirnya sebelum memejamkan mata pada setiap malam. Akhirnya Ann terlena dengan soalan yang masih belum punya jawapan yang pasti.

Thursday, January 20, 2011

EPISOD 10

“Banyak kamu beli barang Ika?,” tanya ayah semasa kami sekeluarga menikmati makan malam. “Tak dak la ayah, Ika beli barang-barang keperluan ja. Lagipun harga barang-barang dekat sini murah la sikit daripada dekat Penang tu,” ayah hanya terangguk-angguk mendengar apa yang dikatakannya.

“Esok Ika bertolak ke sana pukul berapa?,” tanya ibunya pula
sambil menyuap nasi kedalam mulutnya. “Dalam pukul 10 pagi kot mak. Ayah ada kerja tak esok? Kalau tak dak Ika nak mintak tolong ayah hantar Ika pergi stesen bas. Itu pun kalau Ika tak menyusahkan ayah lah,” Ann mengatur ayat-ayat yang ingin diungkapkan kepada orang tuanya agar mereka tidak terasa hati dengan bait-bait katanya.

“Boleh saja, Ika. Kamu tu kan anak ayah tak menyusahkan apa-apa pun,” Ann hanya tersenyum mendengar persetujuan ayahnya untuk menghantarnya ke stesen bas. Ann bersyukur sangat-sangat kerana orang tuanya jarang untuk tidak menunaikan apa yang dimintanya. Oleh itu dia telah berjanji untuk menghadiakan segulung diploma kepada mereka setelah habis belajar nanti.

Selesai mengemas meja makan, Ann meminta izin untuk masuk kedalam bilik untuk mengemas pakaiannya. Ann mencapai telefon bimbitnya yang telah dimatikan setiap kali dia pulang bercuti dikampung. Hanay bila perlu saja dia akan on kembali telefonnya itu. Itu sudah menjadi kebiasaannya sejak dari tahun 1 dia dia ipta lagi.

Kebanyakkan rakan-rakannya telah tahu mengenai kebiasaanya kerana Ann pernah memberitahu mereka apabila mereka menanyakan kenapa setiap kali dia pulang ke kampung susah benar unutk menghubunginya.

Trutt..trutt..trutt..bunyi telefonnya berbunyi beberapa kali menandakan ada mesej yang masuk selepas beberapa minit menghidupkan kembali telefon mudah alihnya itu. “Banyaknya mesej !,” Ann bercakap sendirian.

Terdapat sepuluh mesej yang diterimanya. Kebanyakkannya dari Zaied. Hanya satu mesej saja dari Tasha itu pun hanya menanyakan sama ada Ann dah selamat sampai ke belum.

Kebanyakkan mesej Zaied berbaur kerinduan terhadap dirinya. Ann semakin keliru dengan sikap Zaied kerana baginya dia tidak boleh bersikap sedemikian jika menganggap mereka berdua adalah kawan baik. Ann sudah bertekad untuk menanyakan hal ini sendiri kepada Zaied selepas pulang ke sana.

Setibanya Ann di perhentian bas Penang Central, Ann terus mengambil bas rapid Penang 702 untuk pulang ke rumah sewanya. Keadaan yang agak sesak di sana membuatkan perjalanan Ann mengambil masa yang agak panjang untuk sampai ke rumah sewanya.

Ann disambut dengan senyuman rakan-rakan rumahnya yang sibuk menanyakan apa yang dibawanya dari kampung. Begitu lah tabiat kesemua penghuni rumah itu bila ada diantara mereka yang pulang ke rumah semasa cuti hujung minggu.

Hana Kamilia pula sibuk menanyakan mengenai barang yang dipesannya hari tu, “ada dalam beg aku, kejap aku ambil, hang nie kalau bab DVD no. 1,” sambil mengeleng-gelengkan kepala, Ann terus mengapai beg plastik yang berisi DVD itu lalu menghulurkan kepada Hana Kamilia. sambil tersenyum Hana Kamilia terus membelek-belek DVD tersebut lalu terus dipeluk Ann sambil mengucapkan terima kasih. Mereka ketawa melihat telatah Hana Kamilia yang keanak-anakkan itu.

“Parents kau sihat Ann?,” soal kak Sue yang tua setahun dari kami tapi menduduki tahun yang sama kerana dulu dia menerima tawaran ke matrikulasi selama setahun. Kak Sue atau nama sebenarnya Suriati Kamal berasal dari Kuala Lumpur, kami kenal pun semasa majlis Aku Janji sewaktu semester 1 lagi. “Alhamdullilah kak, mak ayah Ann kirim salam dekat semua,” ujar Ann dan seketika mereka semua menjawab salam daripada orang tua Ann.

“Ok la, Ann mintak diri ke dalam dulu la kak, nak kemas baju-baju nie, kat atas meja tu ada sikit makanan, makanlah jangan segan-segan pulak,’ Ann berlalu sambil menarik tocang Hana Kamilia yang kemudiannya dia mengaduh kesakitan. Ann ketawa kuat sambil mencebik ke arah Hana Kamilia sambil yang lain-lain sudah ketawa sampai nak pecah perut bila tanpa diduga bantal yang dibaling Hana Kamilia kena betul-betul di kepala Ann.

Begitulah suasana yang sering berlaku apabila mereka semua berkumpul bersama. Ada saja benda yang nak dijadikan bahan gurauan, dan tak lupa juga yang suka mengacau orang lain. Mereka semua tak pernah bergaduh disebabkan masing-masing dah terlalu matang untuk memikirkan kebaikan sesuatu perkara.

Malam itu, mereka semua keluar makan bersama-sama di kedai yang selalu dikunjungi oleh mereka satu rumah. Sedang mereka bergelak ketawa bercerita sambil makan, tanpa diduga Zaied datang ke meja mereka.

Kesemua mata terarah kearah Zaied yang berdiri dipenjuru meja dan berdekatan dengan tempat duduk Hana Kamilia dan Tasha. Ann terkejut bukan kepalang saat Zaied berbicara untuk berjumpa denganya sebenar. Suasana yang agak riuh tadi senyap serta-merta. Ann terus bangun dan sempat melihat mereka yang lain seakan melihat pelik kearahnya.

Ann juga perasaan perubahan dari wajah Hana Kamilia yang boleh dikatakan seperti orang cemburu. Ann terus berlalu dengan Zaied dan mengajaknya berbicara di kedai makan yang lain.

Tuesday, January 18, 2011

EPISOD 9

“Assalamualaikum. Aminah!,” sengaja Ann meninggikan sedikit suaranya sewaktu memberi salam kepada sahabt baiknya itu walaupun dia sudah Nampak Aminah yang sedang menyapu halaman rumahnya.

“Oit! Bila balik? Tak bagitahu aku pun. Sampai hati hang,” jawab Aminah tanpa menyambut salam yang diberi kerana terlalu gembira melihat kawannya ada didepan matanya sekarang ini.

“Wei,agak-agak la hang nie pun. Salam aku tadi tak berjawab lagi tu. Hukum memberi salam adalah sunat, tapi hokum untuk menjawab salam adalah wajib,” Ann sengaja memberi syarahan percuma kepada Aminah untuk mengingati sesama Islam dan itu juga merupakan satu tuntutan dalam Islam juga.

Sambil tersenyum Aminah menjawab salam yang diberi sambil menampar bahu Ann lalu dipeluknya sahabat baiknya itu. “Rindunya aku kat hang. Lagi pun bukan selalu kita dapat jumpa macam nie. Nasib baik aku balik minggu nie. Kalau tak, tak dapatlah aku nak jumpa minah tiga suku nie,” sambil tersenyum Aminah terus lari kerana dia tahu Ann tengah bengang disebabkan dia memanggil Ann sebagi minah tiga suku.

“Woi, tak sayang mulut ka ha?,” memcerlung mata Ann sambil terus mengejar Aminah pusing keliling rumahnya. “ relaks la wei,” sambil ketawa Aminah terus berhenti berlari kerana sudah semput perutnya kerana terlebih gelak semasa aksi kejar-mengejar tadi.

“Aminah sudah la tu, kesian mak tengok Ann kejar kamu tu. Dah semput budak tu mak tengok. Ann sudah-sudahlah tu. Ingat sama kamu tu bukan sihat sangat,” nasihat Che Senah kepada mereka berdua.

“Ala mak nie, kami bukan serius pun. Saja nak mengembalikan kenangan masa muda,” sambil terkekeh-kekeh ketawa Aminah membalas juga kata-kata maknya sebentar tadi.
“Tak pa mak cik, Ann ok lagi nie,” Ann turut menjawab agar perasaan bimbang ibu Aminah tidak terus berterusan. “Mak cik, mak saya kirim salam,” hampir terlupa Ann kepada pesanan ibunya sebelum dia dating kerumah Aminah tadi.

“Waalaikumussalam, nanti kamu kirim salam balik ya kat mak kamu tu. Aminah ajak la Ann naik atas jamu dia makan serawa’ pisang,” Ann hanay mengangguk mendengar apa yang dikatakan oleh ibu Aminah.

“Wah rezeki aku la hari nie Am. Mak hang buat bubur favourite aku la. Nampaknya mak hang sayang aku lebih dari hang,” Ann memang sengaja mengusik Aminah kerana Aminah juga sepertinya anak tunggal dalam keluarga.

“Alah, kalau setakat serawa’ pisang tu boleh menunjukkan sapa yang lebih disayang oleh mak aku, tak payah la. Aku nie dah 19 tahun tinggal dengan mak aku, mestilah aku yang paling dia sayang sebab aku satu-satunya zuriat yang dia ada,” Che Senah hanya mengeleng-gelengkan kepalanya apabila mendengar apa yang dibualkan oleh anak-anak dara berdua itu.

“Mak sayang Aminah, mak cik pun sayang Ann juga. Tak ada bezanya kasih sayang mak kat kamu berdua. Ann pun mak cik dah anggap macam anak kandung mak cik sendiri juga,” Che Senah berterus-terang agar mereka tak bergaduh lagi siapa yang paling disanyangi olehnya. Sambil tersenyum beliau terus berlalu ke dapur memberi laluan kepada dua sahabat untuk bercerita.

“Tengok mak aku sayang kita berdua. Kita nie dah macam adik-beradik kembar dah aku rasa,” Aminah terus ketawa apabila Ann memeluk dirinya dengan begitu erat sekali.
“Aku pun sayang mak hang, mak bapak aku, hang lagilah aku sayang, Am. Aku hjarap kasih sayang kita akan berterusan sampailah aku berada diliang lahad untuk menghadap Allah Yang Maha Esa nanti,” Aminah terus membalas pelukan Ann sebentar tadi sambil tersenyum.

“InsyaAllah,” agak serentak mereka mengata perkataan itu dan terus ketawa apabila Ann mengatakan mereka mempunyai ‘chemistry’. “Eh, hang dah tau ka Daniel anak Haji Lebai meninggal?,” soal Ann apabila suasana agak sunyi walaupun tak sampai 5 minit mereka berada dalam keadaan sebegitu.

“Mak aku dah bagitahu hari dia meninggal,” terpancar juga riak sedih diwajah Aminah. “Semoga dia ditempatkan di kalangan orangt-orang yang beramal soleh,” Aminah terus mengaminkan doanya sebentar tadi.

“Jom kita keluar pergi Bandar nak tak?,” lagipun aku nak beli barang sikit lah. Jomlah, kita dah lama tak keluar sama-sama,” ajak Ann sedikit mendesak kepada Aminah supaya mengikutinya ke Bandar. “ ok juga. Aku pun nak beli barang sikit. Bila kita nak pergi?,” tanya Aminah semula kepada Ann.

Sambil tersenyum gembira, “kita pergi esok tengah hari ke. Dalam pukul 12. Boleh la kita makan kat sana nanti,” Amonah hanya mengangguk-angguk kepalanya apabila Ann memenerangkan rancangan mereka berdua esok.

Hari yang ditunggu telah pun tiba. Sampai saja dibandar Aminah terus mengajak Ann ke kedi buku dahulu. Sudah jadi kebiasaan mereka apabila keluar berdua mesti ke kedai buku Seri Pelita dulu sebelum pergi ke tempat lain. “Aku nak beli novel terbaru la,” Aminah terus ke deretan yang dikhaskan untuk novel melayu sahaja.

“ Hari tu aku dah beli novel baru tapi aku lupa nak bawa balik. Kalau tidak boleh la hang pinjam baca. Cerita dia best juga,” teringat seketika kenangan sewaktu membeli buku itu dengan Amir.

Tiba-tiba perasaan rindu dalam diri Ann bagaikan tak tertanggung. “bagaimana agaknya dia sekarang?,” Ann bermonolog sendiri. “Apa yang hang fikir tu sampai aku panggil pun hang buat derk ja,” Aminah kehairanan apabila panggilannya tadi tak dijawab oleh Ann. “Aku tak dak apa-apalah. Hang dah beli ka novel yang hang nak tu?,” soal Ann untuk mengelak daripada menjawab soalan Aminah tadi. Aminah terus tersenyum sambil menunjukkan buku yang sudah ada didalam gengaman tangannya.

Selesai pembayaran dibuat dikuanter, mereka berdua terus keluar menuju ke kedai makan yang digemari oleh mereka sejak dibangku sekolah menengah lagi. “Ada lagi kan kedai nie. Aku ingat dah tutup atau dah pindah ke tempat lain,” Aminah terus mengambil tempat duduk berhampiran pintu masuk.

“Nasib baik la tak tutup, kalau tak, aku tak tahu nak makan dekat mana lagi yang murah dan sedap,” sambil tersenyum Ann terus memanggil pelayan kedai tersebut dan memesan nasi ayam special 2 set, dan juga air limau ais. Aminah pula memesan air sirap bandung untuk menghilangkan kehausan yang dialaminya.

Selepas makan mereka terus pergi ke kedai yang telah direncanakan kelmarin. Agak kelewatan mereka berdua pulang kerumah. Balik saja ke rumah, mereka perlu mengemas pakaian mereka pula untuk pulang semula ke kampus masing.

Sunday, January 16, 2011

EPISOD 8

“Macam mana pelajaran Ika kat sana? Ika boleh ikut tak?,” tanya mak sewaktu Ann membantu ibunya didapur untuk meyediakan makan tengah hari. “Alhamdullilah mak, setakat sekarang nie Ika boleh ikut lagi apa yang lecturer Ika ajar. Mak tak payah la binbangkan Ika ya,” terang Ann sambil memotong kangkung untuk digoreng sebentar lagi.

“Bagus lah kalau macam tu. Ika kena belajar rajin-rajin tau sebab Ika la satu-satunya anak yang mak dan ayah ada kat dunia nie,” nasihat ibunya di dengar dengan senyuman. Itulah kasih ibu yang didambakan oleh sang anak di dunia ini. “Ayah pergi ke kebun tak balik lagi ke mak?,” soal Ann semula apabila suasana agak sunyi sebantar tadi. Risau juga hati Ann bila ayahnya belum pulang lagi sedangkan jam dah nak dekat pukul 11.30 pagi.

“Ayah Ika pergi rumah Haji Lebai kot. Ada saja yang hendak dibincangkan tu,” Ann hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. “Ika pergi siapkan meja makan. Kejap lagi ayah balik dah boleh makan nie. Yang lain biar mak yang habiskan ya,” Ann hanya mengikut perintah ibunya sambil bernyanyi kecil menuju ke meja makan.

Ketika makan ayah ada menyebut tentang anak Haji Lebai, Daniel. Haji Lebai hanya gelaran dikampung itu kerana dia sering memakai lebai kemana saja dia pergi. Nama sebenar Haji Lebai ialah Haji Rahman. Daniel adalah anak bongsu Haji Lebai dan dia sebaya dengan Ann. “Daniel meninggal sakit apa ayah?,” soal aku selepas berita kematian Daniel disampaikan oleh ayahnya sebentar tadi.

“Demam panas kalau tak silap ayah, tapi walaupun apa pun sakitnya,ia hanya sebagai alasan dimuka bumi ini kerana telah ditetapkan di Lohmahfuz yang dia akan meninggal pada hari dan saat itu. Tak ada sesiapa pun yang boleh menolak takdir dan kita sebagai manusia dan hamba-Nya kenalah terima Qada’ ini dengan redha tanpa menyoalkan kenapa dan mengapa benda nie berlaku,” panjang lebar ayah cerita sambil didengar oleh Ann dan Hajah Hajar.
Daniel adalah seorang yang berkulit cerah dan baik. Ann juga pernah terjatuh hati dengan kekacakkan yang dimiliki oleh Daniel. Dia juga tak pernah sombong dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang memerlukan. “Semoga Allah mengampuni segala-gala dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” doa Ann dalam hati.

“Daniel tu baikkan? Pula tu tak sombong, kacak lagi,” sambil tersenyum aku memuji Daniel dihadapan Aminah. “Eh, hang syok kat dia ka?,” soal Aminah apabila melihat Ann senyum macam orang gila baying lagaknya.

“Kalau dia jatuh hati kat aku, aku la orang paling bahagia kat dunia nie Am,” hanya Ann saja yang memanggil Aminah sebagai Am kerana menurutnya panggilan Am lebih sesuai dengan dirinya kerana sikapnya yang agak kasar tetapi Ann tahu hati Am baik dan tulus. “Eh, hang nie biar betul Ann?,” Ann hanya mengangguk tanda betul apa yang difikirkan oleh Aminah.

“Aku rasa, aku dah jatuh cinta dengan dia la Am. Sekarang umur kita dah 12 tahun. Kalau lagi 13 tahun umur kita dah 25 tahun. Ha! Kira ok la tu kahwin umur 25 tahun, lagipun kami kan sebaya,” sambil tersenyum Ann memasang angan-angan untuk berkahwin dengan Daniel. “Ya Allah, hang nie dah meroyan nak menikah ka? Hang tu muda lagi tau. Tak payah duk pikiaq semua tu la. Entah-entah bila hang dah masuk universiti jatuh hati pula kat orang lain. Macam mana tu? Sapa pula nak kahwin dengan Daniel tu?,” Aminah hanya mengeleng-geleng kepalanya apabila melihat sahabat baiknya itu bercakap tanpa memikir apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Itu la Anndriana Zulaikha binti Haji Hassan. Ann hanya ketawa besar apabila Aminah turut ketawa geli hati dengan tingkahnya sebentar tadi. Itulah kenangan manis yang menjadi teman tidurnya sepanjang malam. Tetapi Ann sedar itu hanya cinta monyet yang dialami olehnya. Benar kata orang tua-tua, kenangan paling indah dalam hidup kita adalah ketika kita masih kanak-kanak yang tidak perlu memikirkan masalah yang berlaku disekeliling.

“Ika termenung apa tu? Ingat orang jauh ke?,” teguran ibunya mematikan semua kenangan Ann dengan Am sebentar tadi. “Eh, mak. Tak ada lah. Ika ingat dekat Am ja. Dia ada dekat rumah tak mak? Lama Ika tak jumpa dia. Dia sihat ke mak?,” Ann berbohong sunat dengan ibunya walaupun hakikatnya Am turut ada dalam kenangannya itu.

“Rasa-rasa mak, Aminah ada dekat rumah sekarang nie. Tadi mak ke kedai terserampak dengan mak Aminah, Che Senah kata Aminah tengah cuti sekarang,” Ann dah memasang angan-angan untuk berkunjung kerumah Aminah sekejap lagi. “Kalau macam tu, Ika ingat nak pergi rumah dia kejap la mak. Boleh tak mak?,” Ann memintak izin dari ibunya sebelum keluar rumah dan itulah yang sering dilakukannya sebelum melakukan apa-apa perkara sehingga kebiasaan ini dibawa ke Uitm.

“Pergi la Ika. Nanti tolong kirimkan salam mak kat mak Aminah ya. Ika pun jangan lama-lama kat sana kesian pula Aminah tu nak layan kamu,” sambil bersalam dengan ibunya, Ann sempat mencubit lembut pipi ibunya. “ Ika pergi dulu mak, assalamualaikum,” salam Ann dijawab lembut oleh Hajah Hajar sambil tersenyum melihat anaknya mengayuh basikal.

Wednesday, January 12, 2011

EPISOD 7

“Ann! Ann! Bagun la. Kau kenapa ni?,” Hana Kamilia cuba mengejutkan Anndriana Zulaikha.Hana Kamilia semakin takut apabila tangisan Ann semakin kuat. Tanpa berfikir panjang lagi Hana Kamilia terus menampar kuat pipi Ann.
Terkebil-kebil mata Ann sambil mengusap pipinya yang baru ditampar oleh Hana Kamilia tadi. “Kau kenapa ni?? Tu la tidur tak basuh kaki. Entah-entah doa pun kau tak baca malam tadi,” Hana Kamilia mula membebel selepas melihat Ann betul-betul sudah terjaga dari tidur.

“Ya, Allah..sesungguhnya semua ini hanya mimpi. Alhamdullilah,” Ann memanjatkan kesyukuran terhadap Allah S.W.T. “Sakitnya pipi aku! Kenapa hang tampaq aku kuat sangat??,” soal Ann yang masih meengusap pipinya yang kelihatan sedikit kemerahan.

“Padan dengan muka kau. Aku kejut kau elok-elok kau tak nak bangun,” Hana Kamilia cuba mempertahankan dirinya sambik menilik-nilik pipi gebu Ann. “Aku mintak maaf la Ann. Tak sangka pula kuat juga aku tampar kau sampai merah pipi kau nie,” sambil tersenyum dia terus membelek-belek pipi Ann.

“Kau mimpi apa tadi Ann,” tanya Hana Kamilia sambil terus melabuhkan punggungnya disebelah Ann sewaktu bersarapan dirumah tadi.

Persoalan Hana Kamilia pagi tadi belum dijawabnya. Entah kenapa dia merasakan Hana Kamilia tidak patut tahu apa yang dimimpikannya. Biarlah semua ini hanya dia saja yang tahu. “Ann, awak tak sihat ke? Saya tengok muka awak pucat je? Awak sakit ke?,” bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Zaied sewaktu aku jumpa dengannya selepas habis kelas Food and Beverage yang diajar oleh En. Akram.

“Banyaknya soalan yang awak tanya. Mana satu yang saya nak jawab ni?,” tersenyum Ann apabila muka Zaied berkerut menahan rasa ingin tahunya itu. “Ok, soalan pertama awak. Saya sihat alhamdullilah. Soalan kedua awak pula, muka saya biasa-biasa je. Mungkin sejak kebelakangan nie banyak sangat assignment yang nak kena siapkan. So, terpaksa la stayback sampai lewat pagi. Dan soalan yang terakhir awak, saya tak sakit ok!,” Ann cuba menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya sebentar tadi dan dia berharap sangat agar jawapannya dapat memuaskan hati Zaied.

Selepas semua kelas selesai pada hari itu, “Aku rasa aku nak balik rumah la. Lagipun Jumaat nie tak dak kelas kan? Boleh la aku stay kat rumah lama sikit. Dah lama juga aku tak balik jenguk orang tua aku,” Ann cuba menyampaikan hasratnya itu kepada kedua-dua sahabat baiknya itu.

“Bagus la juga tu. Kau pun boleh la tenangkan hati kau tu sama. Dan aku nak lepas kau balik sini ada la perubahan dalam diri kau tu ok!,” Hana Kamilia cuba memberi sedikit motivasi kepada Ann. “Hang nak balik bila,” tanya Sha kepada Ann.

“Petang nie juga la. Lagipun sejam setengah je dari sini. So, aku sampai rumah dalam pukul 8 malam ja,” terang Ann lagi sambil berjalan mengiringi kawan-kawannya. “Elok la tu Ann. Tapi sebelum tu aku nak mintak tolong kau sikit,” Ann dengan segera terus menganggukkan kepalanya. “Apa dia?,” soal Ann balik kepada Hana Kamilia. “Aku nak kirim kat kau satu benda nie,” jawab Hana Kamilia sambil tersenyum-senyum.

“Aku tau dah. Kali nie hang nak cerita yang mana pula?,” Ann dah faham sangat “benda” yang dimaklumkan oleh Hana Kamilia tadi. Dia nie memang seorang yang sangat mengemari cerita Korea. Setiap kali ada cerita baru yang ditayangkan di televisyen mesti dia lah orang pertama yang akan membeli DVD tu.

Semasa di dalam bas, “dah lama aku tak telefon Amir. Macam mana la agaknya dia. Kalau aku telefon sekarang agak-agak aku menganggu tak?,” Ann masih berkira-kira untuk mencari nombor telefon milik Amir di dalam telefon bimbitnya. Akhirnya Ann hanya memandang kosong telefon mudah alihnya itu. Dia mengeluh panjang sebelum membuang pandangannya yang sayu keluar tingkap. Sebenarnya tujuan dia balik kampung pun sebab dia betul-betul rindukan mak dan ayahnya. Apa agaknya yang mereka sedang buat saat ini.

Ann cuba membayangkan mak dan ayahnya yang sering bergurau senda di pangkin dibawah pokok rambutan dihadapn rumahnya. Bahagia sungguh hati Ann setiap kali melihat senyuman yang terukir dibibir kedua-dua orang tuanya itu. “ Mak, ayah, Ika rindu mak ayah sangat-sangat.” Ann bermonolog sendiri.

Tanpa disedari Ann akhirnya tiba di stesen bas Sahab Perdana. Dari sini dia terpaksa menaiki bas lain untuk sampai ke rumah. “ Mak ayah, Ika dah nak balik.” kata Ann dalam hati sambil menaiki bas yang kedua. Di dalam bas nie ramai anak muda yang kemungkinan balik bercuti hujung minggu seperti Ann juga. Ann hanya memerhati setiap orang yang turun naik bas ini.

Bas ini digelar bas lompat kerana bas ini akan berhenti di setiap perhentian bas yang dilaluinya. Bas lompat selalunya akan emghabiskan perkhidmatannya pada pukul 10.30 malam. Nasib Ann baik kerana bas yang dinaikinya ketika ini adalah bas terakhir pada malam itu. Setiap manusia yang turun naik bas ini mempunyai episod hidup mereka yang tersendiri.

Seperti dirinya sendiri yang masih berada di episod awal kehidupannya yang akan membawanya ke episod akhir kehidupannya nanti.

Ann tiba dirumahnya pada pukul 11.00 malam. Mak dan ayahnya agak terkejut apabila melihat orang yang memberi salam sebentar tadi adalah anak tunggal mereka. “Kenapa balik tak beritahu kami, Ika?,” tanya mak setelah aku bersalam dan memeluknya untuk melepaskan rindu yang dapat dibendung lagi olehnya. “Saja Ika nak bagi kejutan untuk mak dan ayah. Mak dengan ayah sihat?,” soal Ann sambil mencium tangan ayahnya.

“Alhamdullilah, kami sihat Ika. Ika macam mana pula? Ayah tengok dah makin kurus la anak ayah nie. Ika diet ke?,” soal ayah sambil mencubit pipi Ann yang kelihatan agak kurus pada pandangannya. “Eh, ayah nie. Ika mana diet. Mak tengok ayah nie, dia kata Ika diet,” Ann merengek seakan anak kecil kerana dikatakan diet oleh ayahnya sebentar tadi.

“Abang jangan la menyakat puteri kita nie. Ika tu kan penat. Esok-esok la kita bergurau lagi ya. Ika pergi mandi, makan lepas tu tidur ya. Esok kita sambung sembang lagi,” seakan arahan daripada kolonel tentera yang menyuruh anak-anak buahnya menjalankan tugas masing-masing lagaknya. Ann dan Haji Hassan hanya ketawa melihat Hajah Hajar mencekak pinggang kerana arahan yang diberi tadi tidak dijalankan oleh anak tunggalnya.

Saat-saat inilah yang dirindui oleh Ann.