menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Wednesday, January 12, 2011

EPISOD 7

“Ann! Ann! Bagun la. Kau kenapa ni?,” Hana Kamilia cuba mengejutkan Anndriana Zulaikha.Hana Kamilia semakin takut apabila tangisan Ann semakin kuat. Tanpa berfikir panjang lagi Hana Kamilia terus menampar kuat pipi Ann.
Terkebil-kebil mata Ann sambil mengusap pipinya yang baru ditampar oleh Hana Kamilia tadi. “Kau kenapa ni?? Tu la tidur tak basuh kaki. Entah-entah doa pun kau tak baca malam tadi,” Hana Kamilia mula membebel selepas melihat Ann betul-betul sudah terjaga dari tidur.

“Ya, Allah..sesungguhnya semua ini hanya mimpi. Alhamdullilah,” Ann memanjatkan kesyukuran terhadap Allah S.W.T. “Sakitnya pipi aku! Kenapa hang tampaq aku kuat sangat??,” soal Ann yang masih meengusap pipinya yang kelihatan sedikit kemerahan.

“Padan dengan muka kau. Aku kejut kau elok-elok kau tak nak bangun,” Hana Kamilia cuba mempertahankan dirinya sambik menilik-nilik pipi gebu Ann. “Aku mintak maaf la Ann. Tak sangka pula kuat juga aku tampar kau sampai merah pipi kau nie,” sambil tersenyum dia terus membelek-belek pipi Ann.

“Kau mimpi apa tadi Ann,” tanya Hana Kamilia sambil terus melabuhkan punggungnya disebelah Ann sewaktu bersarapan dirumah tadi.

Persoalan Hana Kamilia pagi tadi belum dijawabnya. Entah kenapa dia merasakan Hana Kamilia tidak patut tahu apa yang dimimpikannya. Biarlah semua ini hanya dia saja yang tahu. “Ann, awak tak sihat ke? Saya tengok muka awak pucat je? Awak sakit ke?,” bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Zaied sewaktu aku jumpa dengannya selepas habis kelas Food and Beverage yang diajar oleh En. Akram.

“Banyaknya soalan yang awak tanya. Mana satu yang saya nak jawab ni?,” tersenyum Ann apabila muka Zaied berkerut menahan rasa ingin tahunya itu. “Ok, soalan pertama awak. Saya sihat alhamdullilah. Soalan kedua awak pula, muka saya biasa-biasa je. Mungkin sejak kebelakangan nie banyak sangat assignment yang nak kena siapkan. So, terpaksa la stayback sampai lewat pagi. Dan soalan yang terakhir awak, saya tak sakit ok!,” Ann cuba menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya sebentar tadi dan dia berharap sangat agar jawapannya dapat memuaskan hati Zaied.

Selepas semua kelas selesai pada hari itu, “Aku rasa aku nak balik rumah la. Lagipun Jumaat nie tak dak kelas kan? Boleh la aku stay kat rumah lama sikit. Dah lama juga aku tak balik jenguk orang tua aku,” Ann cuba menyampaikan hasratnya itu kepada kedua-dua sahabat baiknya itu.

“Bagus la juga tu. Kau pun boleh la tenangkan hati kau tu sama. Dan aku nak lepas kau balik sini ada la perubahan dalam diri kau tu ok!,” Hana Kamilia cuba memberi sedikit motivasi kepada Ann. “Hang nak balik bila,” tanya Sha kepada Ann.

“Petang nie juga la. Lagipun sejam setengah je dari sini. So, aku sampai rumah dalam pukul 8 malam ja,” terang Ann lagi sambil berjalan mengiringi kawan-kawannya. “Elok la tu Ann. Tapi sebelum tu aku nak mintak tolong kau sikit,” Ann dengan segera terus menganggukkan kepalanya. “Apa dia?,” soal Ann balik kepada Hana Kamilia. “Aku nak kirim kat kau satu benda nie,” jawab Hana Kamilia sambil tersenyum-senyum.

“Aku tau dah. Kali nie hang nak cerita yang mana pula?,” Ann dah faham sangat “benda” yang dimaklumkan oleh Hana Kamilia tadi. Dia nie memang seorang yang sangat mengemari cerita Korea. Setiap kali ada cerita baru yang ditayangkan di televisyen mesti dia lah orang pertama yang akan membeli DVD tu.

Semasa di dalam bas, “dah lama aku tak telefon Amir. Macam mana la agaknya dia. Kalau aku telefon sekarang agak-agak aku menganggu tak?,” Ann masih berkira-kira untuk mencari nombor telefon milik Amir di dalam telefon bimbitnya. Akhirnya Ann hanya memandang kosong telefon mudah alihnya itu. Dia mengeluh panjang sebelum membuang pandangannya yang sayu keluar tingkap. Sebenarnya tujuan dia balik kampung pun sebab dia betul-betul rindukan mak dan ayahnya. Apa agaknya yang mereka sedang buat saat ini.

Ann cuba membayangkan mak dan ayahnya yang sering bergurau senda di pangkin dibawah pokok rambutan dihadapn rumahnya. Bahagia sungguh hati Ann setiap kali melihat senyuman yang terukir dibibir kedua-dua orang tuanya itu. “ Mak, ayah, Ika rindu mak ayah sangat-sangat.” Ann bermonolog sendiri.

Tanpa disedari Ann akhirnya tiba di stesen bas Sahab Perdana. Dari sini dia terpaksa menaiki bas lain untuk sampai ke rumah. “ Mak ayah, Ika dah nak balik.” kata Ann dalam hati sambil menaiki bas yang kedua. Di dalam bas nie ramai anak muda yang kemungkinan balik bercuti hujung minggu seperti Ann juga. Ann hanya memerhati setiap orang yang turun naik bas ini.

Bas ini digelar bas lompat kerana bas ini akan berhenti di setiap perhentian bas yang dilaluinya. Bas lompat selalunya akan emghabiskan perkhidmatannya pada pukul 10.30 malam. Nasib Ann baik kerana bas yang dinaikinya ketika ini adalah bas terakhir pada malam itu. Setiap manusia yang turun naik bas ini mempunyai episod hidup mereka yang tersendiri.

Seperti dirinya sendiri yang masih berada di episod awal kehidupannya yang akan membawanya ke episod akhir kehidupannya nanti.

Ann tiba dirumahnya pada pukul 11.00 malam. Mak dan ayahnya agak terkejut apabila melihat orang yang memberi salam sebentar tadi adalah anak tunggal mereka. “Kenapa balik tak beritahu kami, Ika?,” tanya mak setelah aku bersalam dan memeluknya untuk melepaskan rindu yang dapat dibendung lagi olehnya. “Saja Ika nak bagi kejutan untuk mak dan ayah. Mak dengan ayah sihat?,” soal Ann sambil mencium tangan ayahnya.

“Alhamdullilah, kami sihat Ika. Ika macam mana pula? Ayah tengok dah makin kurus la anak ayah nie. Ika diet ke?,” soal ayah sambil mencubit pipi Ann yang kelihatan agak kurus pada pandangannya. “Eh, ayah nie. Ika mana diet. Mak tengok ayah nie, dia kata Ika diet,” Ann merengek seakan anak kecil kerana dikatakan diet oleh ayahnya sebentar tadi.

“Abang jangan la menyakat puteri kita nie. Ika tu kan penat. Esok-esok la kita bergurau lagi ya. Ika pergi mandi, makan lepas tu tidur ya. Esok kita sambung sembang lagi,” seakan arahan daripada kolonel tentera yang menyuruh anak-anak buahnya menjalankan tugas masing-masing lagaknya. Ann dan Haji Hassan hanya ketawa melihat Hajah Hajar mencekak pinggang kerana arahan yang diberi tadi tidak dijalankan oleh anak tunggalnya.

Saat-saat inilah yang dirindui oleh Ann.

2 comments:

  1. sori..ambik masa lama skit nak up date :)
    enjoy ur reading..
    thanx 4 supporting my novel:)

    ReplyDelete
  2. maaf jika terdapat spelling error didalm novel ini..

    ReplyDelete