menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Saturday, October 23, 2010

EPISOD 6

Malam aku berjumpa dengan Zaied membawa aku pulang dengan rasa bersalah yang teramat sangat. Aku masih keliru samada aku perlu beritahu Zaied atau tidak sebab kenapa aku mahu merahsiakan hubungan kami berdua. Sebab aku merahsiakan perkara ini adalah kerana..”Ann, ko tengok mamat tadi yang kita jumpa kat library tu cute tak?,” soal Na semasa kami makan tengahari di foodcourt Baiduri. “Kenapa hang tanya macam tu? Hang suka kat dia dah ka?,” sambil tersenyum aku menyoal Na. “Suka tu tak lah, tapi kalau tertarik tu ada la. Ko kawan baik dengan dia ke Ann? Aku tengok cara dia bercakap dengan ko macam mesra semacam je,” Na seakan cemburu kemesraan yang kelihatan diantara Zaied dan Ann. “ Tak lah, dia just tanya aku rak buku engineering je tadi. Hang jangan la salah faham pula,” aku cuba untuk menyembunyikan semuanya dari Na. “ Kalau sekali lagi aku jumpa dengan dia, aku nak terus approach dia la,” Na ketawa besar selepas mengeluarkan idea yang agak extreme untuk dia lakukan. Ann hanya terseyum melihat kelakuan Na yang agak keanak-anakkan.

Salam, ann. Lama kita x jmpa. Ptg nie kita jmpa nk x?
Saya rindukan awak la :D

Ann menerima pesanan ringkas dari Zaied. Ann terus membalasnya.

Maaf, Zaied…sy ada hal ptg nie.
telefon bimbit Ann berbunyi lagi. Tertera nama Zaidah di skrin telefonnya.

Ok, x pe la. T klu awk free, awk msj la sy yea..
I’m alwayz miss u…

Ann berasa agak pelik dengan mesej yang baru diterimanya sebentar tadi. Zaied tak pernah menghantar mesej-mesej yang agak jiwang macam nie. Ann ingin membalas mesej Zaied, tapi masa tak mengizinkan dia berbuat demikian sebabnya kelas akaun dah pun bermula.

“Hello, Amir. Awak ingat saya lagi tak? Saya Ann,” Ann menelefon Amir yang kini sedang dirawat dirumah keluarganya sendiri di Selangor. “Hi. Saya ingat awak,” Amir kedengaran janggal untuk berbual dengan Ann. Ann perasaan dengan nada Amir yang hanya menjawab acuh tak acuh saja. “ Awak sihat?,” Ann sedaya upaya untuk membuat tak tahu dengan sikap Amir yang agak dingin dengannya. “Alhamdullilah. Saya nak bagitahu awak sesuatu,” Ann hanya diam memberi laluan kepada Amir untuk menyatakan sesuatu kepadanya. “Saya harap awak jangan telefon saya lagi lepas nie. Saya tak suka awak kacau saya macam nie. Saya perlukan rehat yang secukupnya, bukan untuk melayan setiap kali panggilan telefon dari awak. Saya harap awak faham. Saya juga nak ucap thanks sebab awak saya jadi macam nie. Assalamualaikum,” Amir terys meletakkan telefonnya. “Amir! Helo. Amir!,” kenapa kau buat aku macam nie. Ann hanya bermonolog dalam hati, tanpa sedar air matanya turut gugur selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Amir tadi.

“Apa sebenarnya yang dah berlaku?,” Ann bersiap-siap untuk pergi ke stesen bas Butterworth. Ann memerlukan penjelasan daripada Amir tentang hal ini. Ann tak nak berteka-teki lagi dan dia mesti berjumpa dengan Amir untuk mendapat kepastian dari Amir sendiri. “Hello, Zaied. Saya on the way nak pergi Selangor,” Ann menelefon Zaied untuk memeberitahu tentang pemergiannya ke Selangor. “Awak pergi sana buat apa? Ada masalah ke yang berlaku?,” Zaied terus-terusan menanyakan soalan kepada Ann. “Saya ada hal kat sana. Nanti saya balik saya cerita semuanya kat awak ok. Saya kena letak telefon sekarang sebab saya nak telefon Na dengan Sha. Tapi awak jangan bagitahu sesape yang saya nak pergi Selangor ok. Saya nak bagitahu mereka yang sya balik kampong ada kecemasan. Thanks,” Zaied terpinga-pinga selepas Ann memberi salam sebelum meletakkan telefonnya. Zaied cuba menelefon Ann, tapi semua panggilannya hanya dijawab oleh operator. “ Ya Allah, Kau lindungilah dia daripada perkara-perkara bahaya, Ya Allah. Semoga dia selamat sampai dan kembali semula kepangkuanku. Amin,” Zaied berdoa panjang dalam hati selepas dia berputus asa untuk menghubungi Ann.

Ann bersyukur kerana dia ditempatkan di single seat. Tanpa ada orang yang mengganggu emosinya sepanjang perjalanannya untuk memcari kepastian. Ann sengaja off handsetnya agar tiada orang yang boleh mencarinya. Ann sempat berdoa semoga tuhan memudahkan segala-galanya dan merahmati perjalanannya untuk bertemu dengan Amir. Dia juga berasa berdosa kerana terpaksa membohongi kedua rakan baiknya itu dan juga Zaied.

Tiba-tiba Ann teringat lagu yang agak sesuai dengan dirinya saat ini. Aku Sakit yang telah dinyanyikan oleh kumpulan Wali Band yang berasal dari Indonesia.

Aku sakit bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku
Aku sakit bila ku mengagumimu
Sadarku engkau tak pernah mengagumiku
Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salahku paksa kau tuk mengagumiku
Kau tak tahu perasaanku
Dan ku tak mahu kau tahu
Aku sakit jika kau tahu hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu
Aku sakit bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin..tak mungkin
Sungguh tidak mungkin...

No comments:

Post a Comment