menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Tuesday, October 19, 2010

EPISOD 5

Mengingatkan kembali sketsa yang berlaku di hospital tempoh hari berjaya membuat tubir mataku kembali berair. Kenapa semua nie boleh berlaku kat Amir? Dimana silapnya? Apa punca segala-galanya yang berlaku nie? Adakah semua yang berlaku adalah berpunca daripada aku sendiri? Aku semakin sakit kepala memikirkan benda nie. Ya Allah, Kau tabahkanlah hati aku untuk melalui segala cubaan yang telah Kau berikan ini. Doa aku dalam hati sambil menyapu pipi aku yang masih basah dek air mataku sendiri.

“Kenapa awak nie, Ann?,” aku masih membisu tatkala Zaied berbicara dengan aku. Kami dah janji nak untuk berjumpa di sebuah taman berhampiran dengan rumah sewaku sendiri. Sejak dua menjak nie aku makin jarang keluar rumah kecuali untuk pergi ke kelas atau ada hal-hal penting yang tak dapat aku elakkan saja. Zaied merupakan seorang kawan rahsia aku. Zaied seorang lelaki yang berkulit sawo matang, berambut lurus dan mempunyai sepasang lesung pipi yang agak comel dimata aku. Tak ada sesiapa pun tahu tentang hal ini. Kami berkawan pun hanya satu kebetulan. Aku berkenalan dengan Zaied sewaktu aku menunggu bas seorang diri untuk pergi ke kampus. Kami seakan sudah lama mengenali antara satu sama lain dan kami menjadi rapat mungkin disebabkan kami sering bertukar-tukar pandangan dan masalah yang kami hadapi.

Hubungan kami merupakan sebuah hubungan rahsia disebabkan aku yang mintak dia buat sedemikian sebabnya aku sendiri yang tahu. Tapi Zaied ikut saja semua kemahuan aku yang tak masuk akal ini sebab kata Zaied mungkin aku ada alasan tersendiri yang tak nak orang lain tahu. Zaied merupakan seorang lelaki idaman siswi-siswi di UiTMPP nie. Aku sendiri mengagumi keperibadian Zaied yang tak pernah sombong dengan apa yang dia miliki dan aku selasa berkawan dengan dia sebab dia faham aku dan sentiasa ada dengan aku sewaktu aku memerlukan. “Maaf Eid..saya tengah sakit kepala nie,” balas aku sambil membiarkan Zaied merenung tajam muka aku. “Sabar la Ann, semua nie dugaan dari-Nya. Kita sebagai hamba kena la terima dengan redha dan jangan sesekali kita mempersoalkan kenapa semua nie berlaku. Awak jangan salahkan diri awak dangan apa yang berlaku dekat Amir. Awak kena kuatkan hati awak untuk dia. Jangan sesekali awak putus asa Ann. Sekarang nie hanya awak kekuatan yang dia ada. Walaupun awak tak boleh nak jaga dia, awak boleh telefon dia sambil-sambil tu awak boleh menceritakan kenangan-kenangan awak dengan dia. Insyaallah, selagi kita tak putus asa, selagi tu harapan masih ada di depan kita,” aku tersedu-sedan mendengar bait-bait kata yang keluar dari bibir Zaied. Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu kerana Kau telah kurniakan seseorang yang sentiasa da dengan aku disaat-saat aku memerlukan.

“Sape Zaidah nie?,” Na teragak-agak untuk mengangkat panggilan telefon yang sejak tadi berbunyi. “Setahu aku, Ann tak de pulak member nama Zaidah. Tasha!!,” Na menjerit memanggil sahabatnya untuk meminta kepastian sebelum mengangkat telefon bimbit milik Ann yang ditinggalkannya diatas meja makan sebelum masuk ke tandas untuk mandi. “Hang jawab la, tunggu apa lagi. Ntah-ntah urgent ka,” suruh Tasha sambil menekan punat terima panggilan di telefon Sony tu. “Hello, maaf. Saya kawan Ann, Ann tengah mandi, sape yang bercakap nie?,” Na memberi laluan kepada si pemanggil untuk memperkenalkan dirinya tapi hampa sebab pemanggil tersebut telah memutuskan talian. “Dia letak telefon. Ntah apa la yang tak kena dekat minah ni. Aku tanya, tak nak pulak jawab. Hairan aku,” Tasha hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa yang berlaku.

“Ada orang kol aku tak?,” soal Ann setelah dia siap berpakaian tidur sambil membancuh milo panas di dapur. “Ada. Zaidah!,” Na sengaja meninggikan suaranya agar Ann faham masuk yang tersirat Na. Ann terus mengambil telefon bimbitnya diatas meja makan tadi. “Hang angkat ka dia kol tadi?,” Na hanya mengangguk dan mukanya kelihatan tidak puas hati kerana Ann terus masuk ke dalam biliknya tanpa mengambil milo yang telah dibancuhnya sebentar tadi. Na seakan mengesyaki sesuatu.
“Aku nak keluar sekejap tau. Aku bawak kunci aku sendiri,” Na terus menyoal walaupun Ann seakan-akan cuba mengelak daripada mendengar apa yang akan Na tanyakan kepadanya. “Ko nak keluar pegi mana malam-malam nie? Ko nak keluar dengan sape?,” Na masih menunggu jawapan dari Ann. “ Aku keluar dengan kawan aku kejap. Ada hal yang kami nak bincangkan,” Ann cuba member sebuah jawapan yang agak bagus untuk memuaskan hati Na. “Hang pi elok-elok tau. Jangan balik lewat-lewat sangat,” pesan Tasha yang dari tadi hanya menjadi pemerhati. Ann terus keluar rumah selepas mengunci pintu grill rumahnya.

“Aku rasa macam ada yang tak kena dengan si Ann tu la Tasha. Ko tak rasa apa-apa ke? Bila aku sebut je yang Zaidah tu kol terus dia masuk dalam bilik. Muka dia macam terkejut pon ada gak. Pastu terus tergesa-gesa keluar rumah. Aku musykil la Tasha. Apa kata kalau kita ekori Ann nak tak?,” Tasha terus memaling mukanya kepada Na yang dari tadi membebel macam mak nenek. “Ish, hang nie tak elok tau berprasangka buruk kat member sendiri. Ada la benda tu yang dia tak mau cerita kat kita. Aku percaya nanti mesti dia akan explain kat kita apa yang berlaku sebenarnya. Tapi hang jangan la dok soal dia macam senapang patah. Kesian aku tengok dia tadi. Terkial-kial nak jawab semua soalan hang,” tegur Tasha yang agak tak puas hati dengan kelakuan Na yang agak tidak penyabar orangnya.

“Ada apa awak nak jumpa saya?,” tanya Ann kepada Zaied. “Tadi sape yang angkat telefon?,” soal Zaied tanpa menjawab soalan Ann sebentar tadi. “Na. Awak pernah jumpa dia sekali kat library hari tu. Awak ada cakap apa-apa ke dengan dia tadi?,” Ann terus menerangkan apa yang ditanya oleh Zaied tadi. “Saya tak cakap apa-apa pon. Saya terus letak telefon bila dia cakap awak pergi mandi tadi. Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga kenapa awak nak kita rahsiakan hubungan nie. Ann. Kenapa awak buat macam nie? Ada benda yang saya tak tahu ke yang awak cuba nak sembunyikan daripada saya?,” Zaied memandang Ann dengan muka penuh harapan untuk mengetahui apa sebab sebenarnya Ann berbuat sedemikian. Sebenarnya Zaied ada hati dengan Ann tapi dia tak pernah luahkannya kerana Ann pernah beritahunya tentang perasaan cintanya terhadap Amir. Zaied telah jatuh cinta kepadanya sewaktu pertama kali mereka bertemu. Tapi semua nie hanya dipendamkannya seorang diri. Dia juga tak nak hubungan ini terputus hanya disebabkannya.

6 comments:

  1. erkkkk...ni cita sal hang eh.....
    waaaaaaaa....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam. ada sedikit komen, biasanya dalam perbualan,boleh digunakan bahasa pasar. Tetapi bukan bahasa SMS. Sebagai contoh- "ko" sepatutnya guna "kau"," kol" tak boleh guna, sepatutnya " call" dan diitalikkan.."nie" sepatutnya "ni".
    Teruskan berlatih menulis, cuma pasti elakkan bahasa SMS.

    ReplyDelete
  4. wslm...trima kasih sebab sudi baca novel sy:)
    insyallah dalam episod akan datang sy akn cuba betulkan apa yang puan nor komen..
    harap puan nor akan teus memberi komen yang menbina kpd sy..

    ReplyDelete
  5. Dik, akak cuba bantu apa yang akak tahu saja. Cuba banyakkan buat rujukan guna kamus dewan,sebab kita akan dapat banyak perkataan baru.Kalau boleh,cuba berlatih menulis guna bahasa melayu tinggi. Kalau nak buat bahasa pasar, dibolehkan dalam dialog. Tapi bahasa SMS elakkan sama sekali, ya!

    ReplyDelete
  6. thanx akak:D..akak boleh pggl sy az..bole sya tanya?akk niey penulis novel ke?az baru lagi dlm bidang nie.tapi az minat sgt nak tulis novel.dari sekolah rendah lagi..cma skrang bru berpeluang publishkan karya az,,tu pon dlm blog je..

    ReplyDelete