menceritakan sebuah episod suka duka~~

menceritakan sebuah episod suka duka~~
episod hidup umpama sebuah buku yang mengandungi pelbagai cerita-cerita suka dan duka..bab-bab yang mampu mendewasakan diri ini..

Wednesday, September 29, 2010

EPISOD 3

“Kenapa hang nie. Ann? Aku tengok semacam ja. Hang ok tak nie?” Sha cuba mengorek rahsia aku. “ Tak dak papa lah, aku ok ja. Hang tak payah la risau k,” aku cuba sedaya upaya menyembunyikan apa yang aku rasa sebenarnya. “Aku faham perasaan hang, tapi janganlah seksa diri hang sampai macam nie. Aku tak suka la tengok hang macam nie,” Sha cuba untuk memahami aku, tapi saat nie hati aku tengah sakit dan mood aku pon tak berapa elok untuk diajak bersembang. Tapi aku masih bersyukur kerana dikurniakan seorang kawan yang sangat prihati terhadap diri aku.

“Wei, Amir tak contact ko ke? Dah lama aku tak jumpa dia. Sibuk sangat ke dengan girlfriend dia tu?” aku hanya menjawab soalan Na dengan menggelengkan kepala saja. “Entahlah, aku pon lama tak contact dengan dia dan dia pon tak penah contact aku dah lepas jumpa dengan hang hari tu,” jawab aku dengan muka slumber. Biarlah dia dengan hal dia. Kalau dia tak dak kat sini lagi bagus. Aku hanya mampu menjawab dalam hati saja. “Aku bukan apa, aku tengok si Meera tu semacam je. Meluat pon ada juga. Ko tak rasa pape ke Ann?” malasnya aku nak jawab soalan cepu gangsa si Na nie. “Entah lah Na, aku pon tak tau nak komen apa. Dah la, jom kita pi makan. Aku dah lapar sangat-sangat nie,” ajak aku untuk mengelak daripada disoal-siasat dengan inspector yang tak bertauliah sorang nie.

“Hai, Ann!,” tegur seseorang dari arah belakangku. “Amir!” hampir menjerit aku kerana terkejut dengan apa yang ada didepan mata aku sekarang nie. “Hang pi mana? Lama aku tak jumpa hang. Hang sakit ka? Family hang ada masalah ke?” macam-macam soalan lagi yang aku ingin menyoalnya, tapi disebabkan jari telunjuk Amir dah melekap di bibirku hingga membuatkan aku terkedu dengan situasi nie. Tak pernah mamat nie buat kat aku macam nie. Tiba-tiba Amir peluk aku dengan erat didepan pelajar-pelajar lain. “Ya Allah, apa yang hang buat nie Amir, lepaslah orang semua tengok nie. Lepas la!!” dengan sepantas kilat tapak tangan ku akhirnya mendarat juga dipipi gebu milik Amir. “Maaf..maaf..aku..aku..tak sengaja..Ann.. Aku baru sedar yang aku dah tersalah pilih, hati aku hanya untuk kau, Ann,” tanpa sempat Amir menghabiskan ayatnya aku terus angkat kaki blah dari situ. Akhirnya gugur juga mutiara mataku. Hati aku sebal, marah,dan benci dengan sikap Amir yang tak ambil endah perasaan aku. Aku masih mendengar sayup-sayup Amir menjerit memanggil namaku dan akhirnya suara itu hilang dibawa angin.

“Sampai bila ko nak biarkan dia call kau nie? At least ko angkat la dengar dulu apa yang dia nak cakapkan. Ko tak kesian ke dengan dia?” dah berbuih mulut Sha dengan Na memujuk aku untuk berjumpa dengan Amir, tetapi disebabkan aku masih marah dengan peristiwa hari tu, “aku tak nak jumpa dengan dia. Hampa bagi la alasan papa pon, yang penting aku tak nak dan tak akan jumpa dia lagi!” bertapa kerasnya hati aku saat itu untuk dilembutkan.

“Awat aku dah lama tak nampak Ann lepak kat sini wei?” tanya Kira dengan muka yang penuh tanda tanya. “Betul tu. Kalau kat dalam kelas pon, dia dah tak banyak cakap sangat. Kadang-kadang rasa macam dia tak wujud pun ada gak,” nyampuk Ekin yang tinggal serumah dan juga menjadi sahabat baik dengan Kira. “Dia ada masalah kot. Kat rumah pon kami jarang dapat bertegur sapa dengan dia. Balik je rumah, terus dia masuk bilik,” terang Na dan berharap mereka tak akan bertanya dengan lebih lanjut lagi. “Dia ada masalah apa? Keluarga ke kewangan? Aku bukan apa, aku pon kadang-kadang risau gak tengok minah tu. Dulu dia happy ja..tapi lanie aku tengok macam orang putus cinta pon ada gak,” Na hanya mengangkat bahu sebagai jawapan kepada soalan Kira tadi.

“Ann, tolong jangan buat aku macam nie,” terkejut aku bila mendengar suara sumbang dari arah belakangku. Sepantas kilat aku terus membuka langkah seribu. Entah kenapa aku rasa meluat yang teramat sangat dengan mamat nie. “Ya Allah, Kau kuatkanlah hati aku nie,” doaku dalam hati. Tiba-tiba…” Please…dengar dulu apa yang saya nak cakap. Saya mengaku salah saya. Saya mintak maaf, tolong jangan buat saya macam nie,” Amir menangis sambil tangannya masih mencekam erat lengan aku. “Dah habis cakap kan? So, tolong lepaskan lengan aku sekarang! Aku ada banyak kerja nak buat daripada dengar apa yang hang nak cakapkan,” bertapa kerasnya hati aku. Aku terlalu bencikan dia sehingga menyebabkan aku jatuh cinta dengan dirinya. Sebab tu lah orang dulu-dulu cakap jangan terlalu membenci seseorang kerana nanti akan timbul rasa kasih dalam hati.

No comments:

Post a Comment